Oleh pada 03 Mar 2019 kategori

Otak-otak merupakan isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi dan Singapura dimana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.

Ia lazimnya dimakan sebagai makanan ringan dan dibuat dari isi ikan (lazimnya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.

Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Jika dibungkus dalam daun pisang, ia dipanggil sebagai pais.

Meskipun otak-otak ikan paling lazim, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Terdapat pelbagai jenis otak-otak di daerah berbeza. Otak-otak nyonya, berasal dari Peranakan, terdapat di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, dikukus dalam daun pandan.

Namun begitu, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Malaysia dan di Singapura dibalut sebagai kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang dan dipanggang (versi Singapura lazimnya dipanggang dalam daun pandan).

Ia menghasilkan otak-otak yang lebih kuning bata, lebih kering dengan bau asap ikan. Variti otak-otak berbeza wujud, termasuk versi berwarna putih, tanpa berempah.

Meskipun secara tradisi otak-otak dibuat menggunakan isi ikan, versi moden juga menggunakan isi ketam dan udang. Selain itu, versi moden juga menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang membuatkan isinya bergetah.

Jenis lain otak-otak termasuk sajian yang dipanggil sebagai pais ikan dan satar yang dibuat dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.

Otak-Otak Ikan

Bahan A (dikisar) :

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Lada kering - direbus dahulu
  • Buah keras
  • Serai

Bahan B :

  • Isi ikan tenggiri - dikikis mentah dan ditumbuk sedikit bagi hancur
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Santan

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan A sehingga pecah minyak. Kemudian, angkat dan gaulkan dengan bahan B. Perasakan dengan garam, gula dan Ajinamoto.

2. Balut dengan daun pisang dan panggang. Jika menggunakan daun pucuk nipah, ia lebih sedap.

otak otak ikan 3

Tips: Jika ada lebihan otak-otak yang belum dipanggang, anda boleh buat popiah otak-otak keesokan harinya.

Sumber:

1. Ayuni Aziz

2. Cahaya Balqiezs [12]

3. Wikipedia Otak-Otak




Hakcipta iluminasi.com (2017)