Oleh pada 06 May 2020 kategori

Halwa maskat merupakan sejenis kuih raya atau manisan popular zaman dahulu. Proses membuatnya tidak mudah serta tepungnya juga perlu dibasuh.

Proses mengacaunya juga mengambil masa yang agak lama. Mengikut petua orang dahulu, ia perlu dikacau dalam kuali tembaga untuk mendapatkan warna yang cantik.

Halwa Maskat (Versi 1)

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum (750gm)
  • Air gula dimasak dengan daun pandan (1.8kg)
  • Minyak (1kg)

Cara-cara membuat:

  1. Basuh tepung untuk buang getahnya dahulu.
  2. Uli tepung tersebut seperti uli donat. Kemudian, masukkan air dan teruskan menguli tepung supaya keluar air putih (sehingga adunan tepung tadi tinggal getahnya sahaja). Ambil air getah (ketul) dan buang.
  3. Kacau air tepung tadi dengan air gula. Letakkan pewarna kuning. Kacau sehingga menangkap puyu (naik gelembung dan pecah). Akhir sekali, barulah masukkan minyak.

Halwa Maskat (Versi 2)

halwa maskat 2 2

Bahan-bahan:

  • Tepung (1kg)
  • Gula
  • Pewarna kuning
  • Minyak sapi jenama QBB (setengah tin besar)
  • Badam - dipanggang

Cara-cara membuat:

  1. Bancuh tepung tersebut dengan air sehingga menjadi doh.
  2. Cuci tepung tersebut menggunakan kain bersih sehingga tinggal seperti gula-gula getah (chewing gum). Tepung tersebut perlu diletakkan dalam kain. Buat sehingga habis. 
  3. Kemudian, mendapkan semalaman. Buang air di bahagian atas sahaja. Manakala yang mendap tersebut kita perlukan. 
  4. Masak 1kg gula air tersebut (agak-agak sahaja). Apabila gula telah hancur, masukkan mendapan tepung tadi dan jangan berhenti kacau. Letakkan pewarna kuning dan masukkan minyak sapi. Kacau sehingga pekat likat. Taburkan badam yang telah dipanggang.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

halwa maskat 2 1 434

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Shameela Abd Rahman [12]

2. Zurin Apple [1, 2

Sumber informasi:

1. RaRa Aishah Abdul Rahman [1, 2]

2. Amalfarhani [1, 2]

3. Cik Shon [1, 2]

4. Shuhada Johari [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)