Saku sai merupakan sejenis juadah terkenal di Thailand. Terdapat dua versi iaitu menggunakan sayur-sayuran dan daging khinzir.

Saku sai yang menggunakan daging khinzir lebih banyak dijual di Thailand. Untuk kacang tumbuk, anda boleh beli yang sudah siap dijual atau boleh juga membuatnya sendiri.  

Saku Sai

saku sai 1 184

Bahan-bahan inti:

  • Isi ayam - dicincang sehingga lumat
  • Lobak asin
  • Kacang tumbuk
  • Gula perang - jika tiada, boleh gunakan gula biasa
  • Sos ikan - jika tiada, boleh gunakan sedikit garam

Cara-cara membuat inti:

1. Masak ayam dalam kuali non stick. Pemilik resepi letakkan sedikit minyak bawang putih.

2. Kemudian, campurkan semua bahan lain. Dari segi sukatan, isi ayam dan lobak asin sama banyak. Cuma, pemilik resepi lebihkan kacang tumbuk sekali ganda lagi.

Tips: Intinya mesti mempunyai rasa masin, manis dan lemak berkrim.

3. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air supaya mudah digentel.

Cara-cara membuat sagu: 

1. Bancuh sagu dengan air panas dan uli sehingga menjadi doh seperti membuat biskut.

2. Letakkan inti tadi di tengah-tengah.

3. Bulatkan dan kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga sagu masak.

Cara-cara membuat minyak bawang: 

1. Tumbuk lebih kurang 5-6 ulas bawang putih dan goreng dengan api sederhana.

2. Setelah bawang kelihatan hampir masak, tutup api dan bolehlah diangkat.

3. Kemudian, sejukkan.

Cara hidangan: 

1. Susun cili padi dan daun sup atau daun salad di atas pinggan.

2. Taburkan bawang putih dalam minyak bawang atas sagu tadi.

3. Semasa hendak makan, picit cili dan cicah.

4. Sagu perlu salut dengan minyak bawang. Jika tidak, ia cepat keras.

saku sai default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)