laksam

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung beras (pemilik resepi menggunakan cap 3 gajah)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air panas mendidih
  • 5 cawan air masak biasa ( campur)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Panaskan pengukus dan setelah mendidih baru kukus bahan campuran di atas.
  3. Kukus lebih kurang 7 atau 8 minit. Apabila sudah gelembung tandanya laksam telah masak.

Kuah

Bahan A

  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • Sedikit lada hitam

Cara penyediaan: Kisar semua bahan di atas dan ketepikan.

Bahan B

  • 1 kilo ikan sardin / selayang

Cara penyediaan:

  1. Rebus ikan. Kemudian, asingkan isi dengan tulang.
  2. Kisar isi ikan dan ketepikan.

Bahan C

  • kelapa parut sebiji (dikisar)

Masukkan semua sekali bahan A, B dan C dalam periuk masak sehingga mendidih. Masukkan garam mengikut citarasa anda.

Sambal

Bahan-bahan

  • 15 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • sedikit belacan dibakar
  • garam dan gula

Cara penyediaan: Kisar semua bahan di atas.

Ulam

  • kubis, kacang panjang, timun dan tauge

Sumber: Norhashimah Omar


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)