Oleh pada 14 Jun 2019 kategori

Gulai darat daging sememangnya digemari oleh orang Kelantan kerana ia berlainan dengan kari biasa. Ini disebabkan ia mempunyai rasa yang lebih beraroma dan menggunakan rempahnya yang tersendiri.

Apa yang istimewanya tentang gulai darat ini ialah anda tidak perlu menumis. Anda hanya perlu satukan semua bahan dan renehkan sehingga kuahnya pecah minyak.

Rempah gulai darat boleh dibeli di kedai baru Pasir Mas, Kelantan dengan harga RM13 untuk 1 kilogram. Untuk rasa yang lebih enak, anda boleh gunakan ayam kampung.

Gulai Darat Daging (Tidak Perlu Menumis)

Bahan-bahan:

  • Daging (1 kg)
  • Serbuk rempah gulai darat
  • Santan (200ml) - kotak kecil
  • Gula melaka (1/2 keping)
  • Asam keping
  • Kerisik (1 sudu besar)
  • Garam
  • Serbuk perisa (jika suka)
  • Bahan-bahan kisar:
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Cili kering kisar (1 sudu besar)
  • Lengkuas (2-3 hiris)
  • Kunyit hidup (1 inci)
  • Halia (1 inci)
  • Ketumbar (1/2 sudu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan bahan kisar, rempah gulai darat dan daging. Masak atas dapur sehingga agak-agak daging kecut dan empuk, boleh masukkan asam keping.
  2. Setelah daging lembut, masukkan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
  3. Masukkan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa jika suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

gulai darat daging 1

gulai darat daging 2

gulai darat daging 3

gulai darat daging 4

Sumber:

1. Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2]

2. Hanizam Ismail




Hakcipta iluminasi.com (2017)