Oleh pada 03 Dec 2018 kategori

Kebab yang juga dikenali sebagai kabob atau kabab merupakan pelbagai hidangan daging masak, dengan asal-usulnya iaitu masakan Timur Tengah. Pelbagai variasi yang terkenal di seluruh Asia dan di seluruh dunia.

Dalam bahasa Inggeris India dan bahasa-bahasa Timur Tengah, bahagian-bahagian lain di Asia, dan dunia Islam, kebab merupakan istilah luas yang meliputi pelbagai jenis hidangan daging panggang.

Meskipun kebab kebiasaannya dimasak dengan pencucuk, banyak jenis kebab yang tidak sebegitu. Masakan kebab boleh terdiri daripada potongan atau daging kisar atau makanan laut, kadangkala dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia sama ada dimasak dan ditusuk di atas api atau seperti hamburger di atas panggangan, dibakar dalam kuali dalam ketuhar, atau sebagai rebusan; dan disajikan dengan pelbagai iringan mengikut setiap resipi.

Daging tradisional yang paling sering digunakan untuk kebab adalah kambing. Namun, resepi serantau mungkin termasuk daging lembu, ayam, ikan, atau lebih jarang kerana larangan agama ialah daging babi.

Di sebahagian besar negara berbahasa Inggeris, dua hidangan kebab yang paling lazim adalah shish kebab dan doner kebab. Salah satu daripadanya selalu dirujuk sebagai "kebab" dalam bahasa Inggeris.

Kebab Daging Abam Style

Kredit foto: Nurazwani Jaafar & Ummie Az-Zahra‎ (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti pita
  • 3 keping daging burger Ramly (dipotong-potong)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 1/2 batang timun (dipotong dadu)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar marjerin untuk tumis
  • Sos cili
  • Mayonis

Cara-cara membuat:

1. Tumis dahulu bawang. Kemudian, masukkan daging burger dahulu. Masak sehingga daging tersebut garing sedikit.

2. Selepas masuk daging dan sayur, letak serbuk kari. Kacau sehingga semua sebati dengan serbuk kari.

3. Masukkan sedikit sos cili dan garam.

4. Setelah masak, angkat dan boleh tambah cili dan mayonis dalam inti kebab tadi.

5. Panaskan roti pita atas kuali non stick. Potong dua. Sapu bahagian dalam dengan mayonis dan boleh masukkan inti sebanyak mana yang anda mahu.

Nota: Bahan-bahan di atas boleh dapat 6 kebab kerana roti pita 3 ketul potong dua.

kebab daging 3

Kredit foto: Fathima Zehra El-Annes (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber:

1. Nurazwani Jaafar [12]

2. Wikipedia Kebab




Hakcipta iluminasi.com (2017)