sate daging atau ayam

Kuah kacang

Bahan-bahan:

  • 3 cawan kacang tanah digoreng dan dibuang kulit (Tips: Kulit tersebut dibuang separuh sahaja. Kacang ditumbuk atau dikisar.) 
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 sudu besar cili giling atau cili kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 senduk santan (Tips: Santan erlu letak kerana lagi lemak lagi sedap. Tidak mahu letak pun boleh.) 
  • gula melaka
  • garam
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, putih, serai, halia, lengkuas dan udang kering.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan cili kering sehingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah dan air sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan kacang tersebut sedikit-sedikit dahulu. Tengok kepekatan kuah.
  5. Masak dengan api perlahan. Masukkan santan.
  6. Perasakan gula, garam dan masak sehingga kuah pecah minyak atau pekat.

Sate

Bahan-bahan:

  • bawang merah (5 ulas)
  • bawang putih (5 ulas)
  • halia (2 inci)
  • serai (4 batang)
  • jintan manis (1 sudu kecil)
  • sedikit lada hitam
  • cili giling (3 sudu)
  • rempah kari Adabi (3 atau 4 sudu besar)
  • asam keping (1 keping)
  • daun pandan (sehelai simpul)
  • gula melaka
  • garam
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, putih, halia, serai, jintan dan lada hitam .
  2. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serbuk kari, cili giling , daun pandan dan asam keping. 
  3. Perasakan gula dan garam. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila rempah sudah suam-suam, boleh perap daging atau ayam.
  5. Perap 1 atau 2 jam, lebih lama lebih sedap.

Tips: Untuk dapatkan kuah kacang yang sedap, masak biar pecah minyak.

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)