Aiskrim goreng merupakan sejenis pencuci mulut yang ringkas. Ia sedap dimakan semasa panas.

Untuk hasil yang tidak berminyak, minyak perlu ditapis dahulu dan letak pada tisu untuk serap minyak. Minyak perlu betul-betul panas sebelum goreng dan jangan goreng terlalu lama.

Tidak mahu aiskrim cepat cair? Setelah siap tekup aiskrim dalam roti, balut dengan rapat dalam plastik. Kemudian, simpan dalam peti beku sehingga beku dan barulah goreng.

Aiskrim Goreng

aiskrim goreng 2 496

Bahan-bahan:

  • Roti (2 keping)
  • Aiskrim

Cara-cara membuat:

  1. Ambil 2 keping roti, bentukkan bulatan dengan gelas supaya senang untuk masukkan aiskrim.
  2. Kemudian, ambil 1 sudu aiskrim dan letak di tengah.
  3. Ambil gelas sekali lagi dan pusingkan sehingga membentuk bulatan. Buang lebihan roti tadi.
  4. Masukkan dalam minyak panas. Agak-agak sudah kekuningan, terus angkat.      

aiskrim goreng default 1

Resepi Bonus: Aiskrim Cup 

aiskrim cup 1

Bahan-bahan:

  • Mentega (1/4 cawan)
  • Air (1 cawan)
  • Gula perang (2 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Telur (4 biji)
  • Vanila (1 sudu kecil)
  • Aiskrim siap
  • Coklat masakan

Cara-cara membuat:

  1. Didihkan mentega, air, gula perang dan garam. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kental dan tidak melekat pada bekas. Padamkan air. Masukkan telur dan vanila. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan adunan dalam piping bag.
  2. Lingkupkan bekas seperti dalam gambar. Paipkan bahan tadi pada bekas dan bakar selama  15-20 minit. Bakar menggunakan api 160c. Tidak perlu terlalu garing. Tidak menjadi masalah kerana nanti ia akan digoreng pula.
  3. Siap bakar, alihkan pada bekas. Goreng seketika ke dalam kuali sehingga garing kemerahan dan rangup. Biarkan seketika. Masukkan aiskrim ke dalam cawan. Hiaskan coklat cair di atasnya. Siap.

aiskrim cup final edit 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Anggrek Raasputeri [12]

2. Shai Anne Ahemed [12]

Sumber informasi:

1. Wany Lifa [12

2. Hunny Stoner [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)