Oleh pada 10 Oct 2020 kategori

Danmuji atau jeruk lobak putih merupakan sejenis makanan sampingan seperti kimchi. Untuk sebatang lobak, anggaran sukatan bahan-bahannya adalah air (400ml), cuka (150ml), garam (1 sudu kecil), gula (1-2 sudu besar), serbuk kunyit (1 sudu kecil), lada hitam (anggaran 10 biji) dan boleh tambahkan daun bay (2-3 helai). 

Untuk resepi bonus iaitu jeruk timun, ia boleh diratah atau dimakan dengan nasi. Jeruk timun juga boleh diletakkan dalam burger daging atau sandwich.

Danmuji

Bahan-bahan:

  • Lobak putih (3-4 biji) - buang kulit, basuh, hiris dan toskan
  • Air
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Lada hitam (anggaran 10-15 biji)
  • Serbuk kunyit

Semua bahan-bahan ini pemilik resepi letakkan secara agak-agak sahaja. Asalkan rasanya masam-masam masin manis secukupnya seperti rasa jeruk.

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebuskan air dengan bahan-bahan lain kecuali lobak sehingga mendidih.
  2. Selepas mendidih, tutup api dan masukkan lobak. Kacau sedikit dan masukkan dalam bekas.
  3. Agak-agak telah sejuk, masukkan dalam peti ais. Simpan selama lebih kurang sehari dan sudah boleh dimakan.

Tips: Jika mahu, boleh campurkan 3-4 helai daun bay (daun salam) dalam air rebusan.

Resepi Bonus: Jeruk Timun Jepun

jeruk timun

Bahan-bahan:

  • Gula (1 cawan)
  • Daun Dill - tidak wajib
  • Bawang putih (anggaran 2 atau 3 ulas)
  • Air (secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak gula, cuka, garam dan daun Dill sehingga mendidih. Kemudian, tutup api dan sejukkan.
  2. Susun timun dengan cantik dalam balang kaca. Kemudian, tuang air rebusan tadi sehingga tutup semua timun.
  3. Letakkan bawang putih dalam balang tersebut. Siap. Boleh dimakan selepas sehari dijerukkan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Sarah Rahmat [12]

2. Siti Nur [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)