Dakgalbi atau ayam pedas manis masin dengan sayuran merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Korea. Ia boleh dimakan dengan nasi putih atau dibalut dengan salad. Kemudian, tambah kimchi dan cili hijau.

Pemilik resepi menggunakan daun bijan (sesame leaf) yang dibeli di pasar raya Korea. Jika tiada, ia tidak perlu diletakkan. Anda boleh juga letakkan ubi keledek yang dipotong kecil.

Dakgalbi

dakgalbi 2

Bahan-bahan:

  • Ayam peha (6 ketul) - asingkan tulang dengan isi potong kecil (boleh guna bahagian lain)
  • Bawang putih (10 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Kicap (2 sudu)
  • Minyak bijan (1 sudu)
  • Sirap jagung (corn syrup) (2 sudu) - jika tiada, ganti dengan gula dan air
  • Gochujang - Korean pepper paste (3 sudu)
  • Gochugaru - Korean pepper flakes (2 sudu) - boleh tambah untuk lebih pedas
  • Korean curry (1 sudu) - dibeli di Daiso atau pasar Jepun atau Korea (tidak wajib)
  • Lada hitam dan garam

dakgalbi 1

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua kecuali ayam dalam pengisar. Perap ayam dengan bahan kisar tadi.
  2. Potong kobis, bawang dan daun bawang. Masukkan dalam kuali. Letak ayam di atas dan buka api perlahan. Masak sehingga sayur lembut dan ayam masak.

dakgalbi 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nabella Sukri [12



Hakcipta iluminasi.com (2017)