Oleh pada 02 Apr 2019 kategori

Sosej merupakan produk makanan yang disedia lazimnya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan kadangkala ramuan lain seperti herba, dan lazimnya dibungkuskan dalam selongsong.

Pembuatan sosej merupakan sejenis teknik pengawetan makanan yang sangat lama.

Mula-mulanya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, namun sekarang diperbuat daripada bahan sintetik.

Sesetengah sosej dimasak semasa diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan semasa ini.

Sosej dapat dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai.

Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah kerana penapaian oleh Lactobacillus semasa mengawet.

Selain dinikmati sendirinya, sosej turut dibuat sebagai bahan dalam hidangan lain.

 

Sosej Ayam Bersayur Homemade

 

Kredit foto: Nur Haziqah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan: 

  • Ubi kentang (sebiji)
  • Dada ayam (4-5 ketul)
  • Telur (2 biji)
  • Apa-apa sayuran - pemilik resepi letak daun sup dan lobak merah
  • Bawang besar (sebiji)
  • Bawang putih (4-5 ulas)
  • Garam, lada sulah dan lada hitam (sedikit)
  • Tepung ubi (4 sudu) - dibancuh dengan air (setengah gelas)

 

Cara-caranya: 

1. Campurkan kesemua dan kisar.

2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat hujung kiri dan kanan.

3. Kemudian, rebus dalam 10-15 minit.

4. Goreng jika mahu makan dan yang lebih boleh disimpan.

 

Resepi Bonus: Popia Riben/Bunga

popia riben atau bunga

 

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Kulit popia 

 

Cara penyediaan:

1. Potong sosej agak-agak, tidak nipis dan tidak tebal.

2. Ambil straw besar, tekap pada sosej dan buat lubang .

3. Potong dua kulit popia saiz kecil. Lipat-lipat seperti buat kipas.

4. Ambil sosej tadi dan masukkan ke dalam kulit popia sama tengah. Cuba kembangkan dan jadikan bentuk kipas.

5. Boleh goreng kekuningan.

 

Nota: Boleh cicah dengan sos cili atau makan begitu sahaja pun sedap dan rangup.

 

Sumber:

1. Naa Rohzurina [1, 2]

2. Zura Zul [1, 2]

3. Wikipedia Sosej




Hakcipta iluminasi.com (2017)