daging deng deng

Daging Deng Deng Mek Da 

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah (lebih pun tidak apa, lebih sedap)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 tangkai serai (lebih pun tidak apa, lebih sedap)
  • 3 senduk besar lada kisar
  • 1/2 mangkuk kicap (untuk diperap bersama daging)
  • 2 senduk kicap kipas udang manis warna merah
  • 1 mangkuk daging (siap dihiris)
  • minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Daging diperap dengan 1/2 mangkak kicap. Tutup mangkuk dan ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar bahan 1-5.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar. Setelah bahan tumisan naik bau masukkan lada kisar.
  4. Apabila lada sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap berserta kicap.
  5. Biarkankan daging dengan api kecil atau sederhana dan sentiasa dikacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah.
  6. Jika kurang rasa, tambahkan kicap sahaja, tidak perlu perasa yang lain.
  7. Setelah kuah menjadi kering, daging deng deng siap untuk dihidang.

Sumber: Putri Bungsu


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)