Bubur sum-sum adalah sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis (air nisan/gula).

Bubur sum-sum memiliki rupa dan rasa yang hampir serupa dengan kuih lompat tikam. Namun, ia cuma mempunyai bahagian kepala (kuih lompat tikam) (bahagian atas yang bewarna putih).

Bubur sum-sum dibuat daripada tepung beras dan disajikan bersama-sama air nisan atau gula kabong.

Ia terdapat di Malaysia terutamanya di bahagian pantai timur, dan juga di Indonesia.

Nama bubur ini diberikan bersempena rupanya seperti sum-sum tulang.

Bubur sum-sum lazimnya agak tahan lama, namun kuahnya yang manis itu mampu menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas.

Ia tahan lebih lama sekiranya disimpan dalam peti ais. Ia agak jarang untuk dibuat untuk jualan harian, namun lazimnya dibuat hanya untuk dimakan sendiri.

Bubur sum-sum lazimnya dibuat sebagai sajian makan pagi atau petang.

Ia lazimnya agak susah untuk disajikan disebabkan mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga.

Justeru itu, bubur sum-sum lazimnya jarang disajikan sebagai menu di pejabat, contohnya ketika mesyuarat.

 

Bubur Sum-Sum 

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu)
  • Santan (4 1/2 cawan)
  • Emalco pandan (1 sudu)
  • Garam (secubit)

➡ Kisar semua bahan-bahan di atas.

   

Cara penyediaan:

1. Masukkan dalam periuk menggunakan api kecil. Kacau sehingga pekat.

2. Setelah pekat, masukkan dalam bekas. Makan bersama air gula.

bubur sum sum 1

 

Tips: Bubur ini juga sesuai dimakan oleh mereka yang baru sembuh dari demam kerana ia sejuk.  

 

Resepi Bonus: Kuah Gula Melaka

 

Bahan-bahan:

  • Gula melaka (1 ketul)
  • Air (secawan)
  • Daun pandan (sehelai)

 

Cara membuat:

1. Potong kecil gula melaka. Masukkan air dan daun pandan. Kacau sehingga larut.

2. Selepas mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

Tips: Jika dirasakan sangat manis, boleh tambah air mengikut kesesuaian. 

 

Sumber:

1. Juju Minhad [1, 2]

2. Ida Noorwiena Nahrawi [1, 2]

3. Wikipedia Bubur Sum-Sum




Hakcipta iluminasi.com (2017)