Apam gula hangus merupakan antara apam yang amat terkenal dan mempunyai banyak permintaan tempahan dari pelanggan.

Apam ini boleh diletakkan dalam papercup sahaja supaya jimat masa kerana tidak perlu untuk gris acuan.

Selain itu, anda juga boleh gunakan sukatan cawan supaya lebih senang kerana tidak perlu timbang.

Apam gula hangus merupakan sejenis apam yang amat tahan selama lebih kurang 3 ke 4 hari dalam suhu bilik.

Malah, teksturnya juga masih lembut. Namun, jika disimpan dalam peti ais sehingga seminggu pun ia masih tidak berkulat.

Walaubagaimanapun, jika hendak dimakan, ia perlu dikukus sebentar bagi melembutkannya semula.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi Bbwana di talian, 012-8244251.

 

Apam Gula Hangus (Versi 1)

 

Bahan A :

  • Gula (1 cawan) - digoreng sehingga keperangan
  • Air (1 cawan) - dimasukkan ke dalam gula tadi

Hati-hati semasa tuang air ini kerana boleh terpercik ke tangan. Sejukkan terlebih dahulu.

 

Bahan B :

  • Telur gred A (2 biji)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Marjerin (2 sudu besar)
  • Minyak masak (1/2 cawan)

 

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan B selama lebih kurang 3 minit. Kemudian, masukkan bahan A dan kisar lagi.

 

Bahan C :

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Soda bikarbonat (1 sudu teh)

 

Cara penyediaan:

1. Ayakkan kedua-duanya. Kemudian, masukkan ke dalam adunan yang dikisar tadi. Sebatikan.

Nota: Boleh gunakan apa sahaja jenis acuan. Pemilik resepi gunakan acuan seri ayu. Boleh juga gunakan acuan lompang.

2. Sapu minyak dahulu, baru tuang adunan dan kukus selama 15 minit.

 

Apam Gula Hangus (Versi 2)

apam gula hangus 1

 

Bahan-bahan:

  • Gula (1 cawan) - dihanguskan dan dijadikan gula hangus
  • Air (1 cawan) - dituang dalam gula hangus tadi
  • Susu pekat manis (2 sudu besar)
  • Telur (2 biji)
  • Marjerin (2 sudu besar)
  • Minyak masak (1/2 cawan)
  • Soda bikarbonat (1 sudu teh)

 

Kisarkan semua bahan di atas.

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan air gula hangus dan campurkan 1 1/2 cawan tepung gandum. Kisar lagi menggunakan pengisar.

2. Kemudian, tuang dalam acuan separuh acuan sahaja. Jangan penuh, nanti naik tinggi. Kukuskan selama lebih kurang 20 minit dan sehingga masak. 

 

Sumber:

1. Nursimatun MdYusof [12]

2. Shima Laili Mansor [1, 2]

3. Sweet Red Cherry (dapurjirankuberasap.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)