Ayam geprek merupakan sebuah hidangan pedas yang berasal dari Indonesia. Ia sesuai dihidangkan bersama sup kosong, sup ayam atau sup sayur.

Bergantung kepada cara masing-masing, cili dan bawangnya juga boleh ditumbuk secara tidak lumat. Selain itu, timun boleh digantikan dengan tempe dan terung.

Sambal Ayam Geprek

sambal ayam geprek 1 86

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Telur (1 atau 2 biji)
  • Tepung Bestari pedas
  • Gula (2 sudu)
  • Garam (1 sudu)
  • Cuka (1 sudu kecil)
  • Ajinomoto - pilihan

Cara-cara penyediaan bergambar:

sambal ayam geprek default 1

1. Gaul ayam dengan telur. Kemudian, gaul pula ayam dalam tepung Bestari pedas. Goreng dalam pai sederhana.

2. Siap digoreng.

3. Bahan-bahan sambal geprek:

  • Cili merah besar (6 biji)
  • Cili hijau kecil (4 biji)
  • Cili merah kecil (2 biji)
  • Bawang besar atau bawang merah (1 1/2 biji)
  • Bawang putih (4 biji)
  • Limau nipis (1 biji) - telah siap ditumbuk

Baru masukkan jus limau nipis.

4. Goreng bahan tadi dalam api yang panas. Lebih kurang 3 atau 4 minit. Tos.

5. Bahan yang telah digoreng tadi.

6. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan gula dan garam. Tumbuk separuh lumat.

7. Masukkan jus limau nipis sebanyak 1 biji.

8. Masukkan cuka.

9. Masukkan minyak menggoreng tadi sebanyak 1 atau 1 1/2 sudu.

10. Masukkan Ajinomoto dan gaul sehingga rata. Siap dan boleh dimakan dengan ayam goreng tepung tadi.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Rodziah Zaharin [1, 2]

Sumber informasi:  

1. Salmia Lahatta Mia Homemade [1, 2]

2. Ain Khalid [1, 2]

3. Balqisqistinaizzara Balqisqistinaizzara [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)