Oleh pada 22 May 2019 kategori

Air rendaman kurma ni namanya adalah air nabeez. Air nabeez ini memang selalu diamalkan oleh Rasulullah.

Air nabeez ini mempunyai besar khasiatnya terutama kepada sistem pencernaan.  

Biasanya boleh diminum selepas bangun dari tidur.

Minuman sunnah ini jika diamalkan sepanjang bulan puasa, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.

 Ia juga boleh diamalkan hari-hari sebelum sarapan pagi, bukan di bulan Ramadan sahaja.

Kurma yang baik adalah kurma ajwa. Tetapi, jika tiada, kurma jenis lain pun boleh digunakan.

Khasiatnya:

  • Tinggi kandungan fiber yang dapat hilangkan kolestrol jahat
  • Lancarkan sistem penghadaman
  • Minuman beralkali ini mampu buang asid dalam perut
  • Untuk elakkan gastrik dan kembung perut
  • Kaya dengan pottasium untuk menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

 

Air Nabeez

 

Bahan-bahannya :  

• Kurma (7biji) - direndam dahulu malam, bijinya di buang

• Oat (7 sudu)

• Indocafe (setengah sudu) - pilihan

• Susu Anlene (3 sudu) - bancuhkan jadi secawan, boleh juga gunakan susu segar. Pemilik resepi menggunakan susu Anlene untuk tulang

 

Cara-caranya :

1. Rendamkan dahulu kurma seketika kemudian buangkan bijinya.

2. Masukkan bersama kurma yang sudah dibuang biji lalu kisarkan seketika.

3. Masukkan juga Indocafe dan juga susu. Kisarkan sehingga sebati. Siap dan sudah boleh diminum.

 

Sumber:

1. Sarinah Ibrahim [12]

2. Seri Sairi [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)