Oleh pada 22 May 2019 kategori

Resepi makanan yang dikongsikan kali ini boleh menggalakkan penghasilan susu iaitu air rebusan kurma merah dan longan kering.

Untuk golongan ibu yang mula bimbang dengan susu badan yang semakin merudum, anda boleh mencuba juga resepi air rebusan ini.

Insya-Allah, jika diminum selama beberapa kali dan hari, kuantiti susu akan meningkat. 

 

Kurma Merah, Barli & Longan Kering Rebus  

   

Bahan-bahannya:  

• Buah kurma merah - dibelah dan dibuang biji

• Buah longan kering

• Barli

• Air

• Gula merah

   

Cara-caranya: 

1. Basuh bersih buah kurma merah dan longan kering tadi. Kurma merah tu, sebaiknya dibelah dua dan dibuang biji dulu kalau ada. Sekiranya tidak mahu pun tidak mengapa. Toskan selepas dibasuh dengan bersih. Rebus kesemua buah ini dan barli ke dalam periuk sehingga tenggelam buah atau sukatan air, terpulang kepada masing-masing mahu banyak mana.

2. Sekiranya mahukan hasil yang lebih pekat, boleh letak sedikit gula merah, kerana kemudian boleh diminum dengan menambah air masak sahaja. Rebus buah-buah ini selama 15-30 minit. Agak-agak apabila kelihatan keadaan air seperti sudah semakin keruh seperti air teh dan nampak semuanya telah lembut, bolehlan tutupkan api dapur.

3. Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan letak dalam peti sejuk. Bila mahu minum, tambah sedikit air masak. Sekiranya lebih suka di minum suam-suam, bolehlah ditambah air suam. Selamat mencuba dan melihat hasilnya.

   

Nota: Kurma merah senang untuk cari, begitu juga dengan longan kering. Sekiranya tidak jumpa , boleh cari di kedai seng-seng cina, biasa ada dijual. 

 

Sumber: Noorashikin Ibrahim [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)