Oleh pada 15 Apr 2023 kategori

Kurma telur merupakan antara menu paling dicari ramai ketika musim kenduri disebabkan tarikan dari segi kuahnya yang pekat dan pedas. Hidangan ini juga boleh dibuat menggunakan telur itik.

Selain itu, kuantiti santan turut boleh dilebihkan mengikut citarasa sendiri. Pemilik resepi mahukan lebih rasa rempah berbanding santan.

Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua

Bahan-bahan:

  • Telur (8 biji) - direbus
  • Serbuk kurma (8 sudu besar) + serbuk sup (1 sudu kecil) + air (setengah cawan) - jadikan pes
  • Bawang besar (setengah biji) - dihiris
  • Halia (2 cm) - dihiris
  • Bawang putih (3 ulas) - dihiris
  • Cili padi merah (8 tangkai)
  • Cili padi hijau (9 tangkai)
  • Buah pelaga (2 biji)
  • Bunga cengkih (2 kuntum)
  • Bunga lawang (1 kuntum)
  • Kayu manis (1 batang)
  • Daun pandan (1 helai) - disimpul
  • Kiub ayam (1) - jenama Knorr
  • Santan kotak (2 sudu besar)
  • Air (1 -1½ cawan)
  • Kentang (1 biji) - dipotong dan goreng
  • Tau kua atau tauhu (1 ketul besar) - dipotong dan digoreng

Bahan kisar:

  • Bawang merah (5 biji)
  • Bawang putih (4 biji)
  • Cili kering (5 tangkai)

Kisar sehingga lumat.

Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah. Masak sehingga sedikit keperangan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma. Masak sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.
  5. Kemudian, masukkan air dan santan.
  6. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika.

Nota: Masukkan garam jika perlu.

cara membuat kurma telur

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Ateekah [12]

Sumber informasi:

Abdul Wahid [1, 2]

Aufa Alhusna [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)