siakap tiga rasa

Siakap 3 Rasa Kap Pun Kapppp

Bahan-bahan goreng ikan

  • 2 ekor ikan siakap
  • Tepung rangup serbaguna Bestari perisa pedas

Cara penyediaan:

  1. Lumur tepung pada ikan. Tak perlu garam atau kunyit.
  2. Hasilnya, luar ikan jadi rangup dan rasa pedas. 
  3. Pastikan guna minyak yang banyak untuk goreng ikan. Pastikan juga minyak sudah betul-betul cukup panas. Gunakan teknik deep frying. Ikan perlu tenggelam dalam minyak. 
  4. Setelah siap goreng, angkat dan letak dulu di tepi. Sementara siapkan sos ikan pula.

Tips: Menurut pemilik resipi, tepung jenama Bestari perisa pedas sahaja yang paling sedap untuk goreng ikan siakap 3 rasa.

Bahan-bahan untuk sos ikan 

Bahan tumisan*:

  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)*
  • 6 ulas bawang putih (diketuk)*
  • halia 2 inci (dihiris nipis)*
  • 10-15 tangkai cili api merah (dihiris atau diketuk)*
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos ikan
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin cube nenas (ambil dengan airnya sekali)
  • 1 batang saderi (potong ½ inci)
  • daun ketumbar (potong ½ inci)
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara-cara masak sos 3 rasa

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan tumisan.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato dan cube nenas dengan air sekali. Air nenas tu untuk efek rasa manis kuah sos.
  5. Masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan garam. Siap.

Boleh terus siramkan atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Akhir sekali, boleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.

Tips: Rahsia resepi ini terletak pada ikan yang tidak akan sama macam siakap 3 rasa yang biasanya di lumur dengan tepung jagung.

Sumber: Sofia Sarlinie


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)