Oleh pada 04 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @remyishak

      

Pelakon Remy Ishak, 37, akui mengenali seorang model wanita yang digosipkan menjalinkan hubungan rapat dengannya.

Sudah berkenalan sejak lima tahun lalu, Remy berkata, dia berhak berkawan dengan sesiapa sahaja memandangkan kini sudah memegang status solo.

"Itu kawan lama saya yang saya kenal sebelum saya mengenali bekas tunang saya lagi. Hubungan kami pun sekadar kawan.

"Mungkin kisah ini tiba-tiba timbul bila ada peminat yang terlalu mahukan saya dan Mira Filzah bersama seperti lakonan kami dalam drama.

"Jadi mereka tidak senang apabila ada individu lain yang rapat dengan saya selain Mira.

"Tak bolehlah begitu sebab saya manusia biasa dan saya berhak kenal dengan sesiapa sahaja," katanya kepada portal Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka Origina di A-Park, Puchong baru-baru ini.

Terdahulu, timbul desas-desus mendakwa pelakon Pujaan Hati Kanda itu menjalinkan hubungan rapat dengan seorang wanita bergelar model.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia kasihankan wanita yang dikaitkan dengannya itu termasuk pelakon Mira Filzah kerana menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak susulan isu putus tunangnya.

        

rapat dengan seorang model wanita ini kenyataan remy ishak 2

Kredit foto: Instagram @remyishak

     

"Tak elok lemparkan tuduhan macam-macam pada kawan saya.

"Saya sebenarnya kasihankan mereka sebab pelbagai perkara tak manis timbul padahal ia tidak membabitkan sesiapa pun.

"Punca saya dan bekas tunang putus sebab keputusan kami sendiri.

"Jadi, saya harap hentikan spekulasi ini sebab ia akan mengundang fitnah dan kesannya tidak baik untuk semua pihak," ujarnya.

Sisi lain, Remy bakal terbit menerusi filem bercorak aksi berjudul Sangkar dan drama bersiri, Ombak Rindu.

      

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)