Pelakon Remy Ishak telah selamat mengikat tali pertunangan bersama Ezza Yusof yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Remy yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkannya melalui sebuah jawapan yang cukup ringkas.

Terima kasih atas ucapannya.

Majlis pertunangan mereka dilaporkan berlangsung di kediaman Ezza Yusof yang terletak di Pahang melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada majlis itu, Remy kelihatan segak memakai baju kemeja berwarna biru gelap manakala Ezza kelihatan anggun dalam busana berwarna ungu muda.

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 1

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 2

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 4

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 6

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 7

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 8

foto majlis pertunangan remy ishak dan ezza yusof 9

Antara rakan artis yang sempat mengucapkan tahniah atas pertunangan itu ialah Nad Zainal, Azlin Abas yang juga merupakan pengurus Remy serta tidak ketinggalan beberapa peminat yang mengetahui tentang khabar gembira tersebut.

Sumber foto: beritamemey.blogspot.com

Sumber: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)