Oleh pada 22 Jun 2017 kategori

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 

Seorang remaja lelaki yang dikenali dengan nama Amirul Ismad menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa status pelik sebelum akhirnya membunuh diri.

Lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu berkongsi perasaan kecewanya menerusi beberapa siri status misteri.

Dalam status yang dimuat naik pada 6 Jun, Amirul mendedahkan bagaimana kehidupannya mula berubah menjadi lebih baik selepas meninggalkan suatu perkara yang terlarang. Semuanya berpunca daripada kehadiran seseorang yang memberi dorongan baik kepadanya.

Namun sudahnya, dia mendakwa dirinya sebagai lelaki yang bodoh kerana meninggalkan teman tersebut hanya kerana sesuatu yang tidak wajar. Selepas itu, hidupnya berubah menjadi buruk dan kembali melakukan perkara terlarang tersebut.

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 2

Kredit foto: Astro Gempak 

Dua hari kemudian, Amirul tampil dengan status bertulis "mati". Dan sehari selepas itu, dia menulis status terakhir yang menutup episod hidupnya.

Dalam luahan terakhir itu, Amirul menyatakan hidupnya sudah tidak bermakna dan kosong, lalu memohon kebenaran untuk "pergi". 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 3

Kredit foto: Astro Gempak 

Pada malam Ramadhan ke-22, Amirul ditemui mati dalam keadaan menggantungkan diri di dalam bilik di rumah keluarganya. 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 4

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 

Kisah Amirul mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak melepaskan peluang berkunjung ke laman Facebook beliau untuk mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Ramai yang menganggap episod ngeri kematian bunuh diri Amirul sepatutnya menjadi pengajaran kepada remaja-remaja agar tidak terlalu menurut emosi yang akhirnya memakan diri. 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 5

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)