a3a8381 copy

Kredit gambar : Ian Teh

Pernahkan anda membuat rawatan di spa kaki yang menggunakan khidmat ikan-ikan untuk memakan kulit kaki anda? Jika ya, tahukah anda bahawa rawatan ini mempunyai risiko yang sangat bahaya?

Tak dinafikan bahawa rawatan kaki menggunakan khidmat ikan-ikan garra rufa sangat popular sejak beberapa tahun yang lalu. Ke mana sahaja anda pergi, sama ada ke pasar raya, pasar malam malah ada spa dan salon yang menyediakan khidmat ini. Dengan harga yang berpatutan dan keseronokan yang anda nikmati, ia menjadi tumpuan orang ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, perlu diketahui bahawa rawatan ini tidaklah sepenuhnya bersih dan selamat. Menurut Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) United Kingdom memberitahu bahawa walaupun risiko untuk mendapat jangkitan adalah rendah, namun ia tidak boleh dipandang remeh dan dikecualikan.

ikan makan kulit kaki

Tangki ikan yang digunakan mengandungi mikroorganisma dan masalah boleh berlaku daripada bakteria yang dipindahkan daripada ikan-ikan tersebut, atau daripada air dan juga daripada satu pelanggang kepada pelanggan yang lain.

Menurut agensi itu lagi, mereka yang menghidap diabetes, psoriasis (penyakit kulit) dan sistem ketahanan badan yang rendah sangat terdedah kepada bahaya dan disarankan supaya tidak sesekali membuat rawatan ini, lebih-lebih lagi hanya untuk suka-suka.

hiv

Antara penyakit berbahaya yang boleh berjangkit melalui rawatan spa kaki ini termasuklah HIV dan hepatitis C, jelas pakar-pakar perubatan. Apabila pengguna atau pelanggan dijangkiti dengan virus bawaan darah seperti HIV atau hepatitis C terluka atau darah mereka mengalir di dalam air, ia akan menyebabkan berlaku risiko penyakit ini disebarkan.

Jurucakap agensi itu menerangkan dengan lebih jelas, "Jika prosedur kebersihan diikut oleh pengusaha spa seperti menukarkan air untuk setiap pelanggan, risikonya menjadi rendah, namun risikonya tetap ada untuk dijangkiti seperti HIV dan hepatitis,".

fish spa 529

Mereka menyarankan air ditukar setiap kali rawatan tamat untuk setiap pelanggan. Namun, peralatan yang digunakan tidak boleh disterilkan dengan kaedah biasa kerana ia boleh membahayakan ikan-ikan yang banyak, lebih kurang 200 ekor dalam setiap tangki.

Rawatan yang telah lama popular di Asia ini telah di haramkan di Amerika Syarikat termasuklah Florida, Texas, New Hampshire dan Washington. Ia disebabkan kerisauan jangkitan boleh tersebar melalui luka.

Terrence Higgins, seorang jurucakap amal HIV memberitahu bahawa risiko untuk dijangkiti adalah minimum namun pelanggan harus berhati-hati ke mana yang mereka pilih untuk pergi.

spa kaki 565

Menurut Dr Hilary Kirkbride, pakar perunding epidemiologi di HPA juga berpendapat sama dengan berkata, "Jika standard kebersihan diikut oleh pekerja-pekerja di spa tersebut, risiko untuk dijangkiti adalah tipis namun bagi sesetengah orang, risiko mereka adalah tinggi,".

Beliau juga menyarankan pemilik spa memeriksa terlebih dahulu jika pelanggan mereka mempunyai masalah kesihatan yang boleh memberikan risiko kepada mereka. Pemeriksaan terhadap kaki pelanggan juga perlu bagi memastikan tiada luka atau masalah kulit yang boleh berjangkit.

Sumber : Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)