Mungkin ramai di antara kita yang tidak mempunyai pengalaman menghidap, mengenali atau hidup di kalangan mereka yang menghidap penyakit HIV.

Pengetahuan atau kesedaran tentang apa-apa sahaja berkenaan dengan HIV dan AIDS adalah sangat kurang dalam masyarakat kita.

Oleh itu, ramai orang normal yang mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka ini membuatkan mereka mengasingkan diri, tidak bergaul serta tidak mendapatkan rawatan dan kaunseling.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan jika ini berlaku, peluang untuk mereka yang mempunyai HIV untuk dijangkiti AIDS sangat tinggi.

Persoalan seperti berapa lamakah seseorang itu boleh hidup jika dijangkiti HIV dan adakah mereka boleh hidup seperti orang normal?

Rawatan HIV yang semakin maju

rawatan antiretroviral hiv boleh panjangkan usia pesakit

Apabila wabak HIV dan AIDS bermula di Amerika Syarikat pada 1980-an, HIV merupakan satu masalah yang mengancam nyawa.

Walau bagaimanapun, orang kini boleh mengurusnya sebagai masalah kesihatan kronik, sama seperti menguruskan penyakit kencing manis atau kegagalan jantung.

Peningkatan jangka hayat bagi penghidap HIV mempunyai hubungan langsung dengan peningkatan dalam terapi perubatan, termasuklah ubat-ubatan antiretroviral.

Ubat-ubatan ini membantu menindas tahap-tahap HIV dalam darah dan kerosakan perlahan akibat jangkitan. Penindasan ini membantu mencegah perkembangan dari HIV ke AIDS, atau tahap 3 HIV.

Pada tahun 1980-an hingga 1990-an, terapi antiretroviral bermula sebagai monoterapi (rawatan penyakit dengan ubat tunggal) dan kemudian menjadi terapi ganda.

Kini, terdapat kombinasi terapi antiretroviral, termasuk penggunaan tiga atau lebih ubat-ubatan.

Terdapat beberapa kelas ubat antiretroviral yang menyerang HIV dengan cara yang berbeza.

Gabungan ubat adalah pilihan rawatan pertama dan penghidap biasanya memulakan terapi antiretroviral secepat mungkin selepas diagnosis HIV.

Berapa lama penghidap HIV boleh hidup?

bolehkah penghidap hiv hidup normal

Kajian 2017 dalam jurnal AIDS mendapati bahawa jangkaan jangka hayat tambahan bagi penghidap HIV pada umur 20 tahun semasa era monoterapi awal adalah 11.8 tahun.

Walau bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada 54.9 tahun untuk era antiretroviral yang paling terkini.

Dalam satu lagi kajian pada tahun 2017, penghidap HIV yang tinggal di negara berpendapatan tinggi mempunyai jangkat hayat tambahan 43.3 tahun jika mereka menerima diagnosis pada usia 20 tahun.

Para penyelidik juga membuat kesimpulan bahawa orang yang mempunyai HIV dengan pendidikan tinggi mempunyai jangka hayat yang sama dengan penduduk umum.

Bolehkah penghidap HIV hidup normal?

bolehkah penghidap hiv hidup normal 2

Usaha untuk menyembuhkan HIV tetap diteruskan dan sementara itu, kombinasi terapi antiretroviral mampu mengekalkan kesihatan penghidap HIV.

Malah, apabila penghidap HIV yang mendapatkan terapi antiretroviral ini mempunyai beban virus negatif dalam darah, maka risiko pemindahan virus kepada orang normal pada dasarnya adalah sifar.

Ini bermakna mereka boleh hidup normal seperti orang biasa seperti boleh berkahwin dan mempunyai anak tanpa menjangkiti pasangan atau anak-anak.

Penemuan ini memberikan tanggapan "rawatan sebagai pencegahan" kepada para penyelidik, yang menggalakkan kawalan HIV dengan baik sebagai cara untuk mencegah penularan melalui hubungan seksual, perkongsian jarum dan melahirkan anak serta penyusuan.

Kesan sampingan ubat-ubatan antiretroviral

terapi antiretroviral

Dan disebabkan penghidap HIV kini hidup lebih lama, mereka mula menghadapi masalah kesihatan yang dihadapi oleh orang tua.  

Malah, membezakan penyakit Alzheimer daripada gangguan neurokognitif yang berkaitan dengan HIV menjadi isu baru dalam populasi orang tua yang menghidap HIV.

Walaupun terapi antiretroviral semakin hebat, penghidap HIV mungkin mengalami kesan jangka masa panjang disebabkan terapi atau HIV itu sendiri.

Keadaan yang biasa berlaku bagi jangkitan HIV berterusan termasuk:

  1. Penyakit kardiovaskular
  2. Penyakit paru-paru
  3. Kanser tertentu
  4. Gangguan neurokognitif yang berkaitan dengan HIV
  5. Penyakit hati, termasuk hepatitis B dan hepatitis C

HIV juga boleh meningkatkan keradangan kronik dalam badan, membuatkan seseorang yang berisiko terhadap keadaan kesihatan tertentu.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk lebih memahami perkara ini.

keluarga hiv yang tidak dibawa anak anak

Ubat-ubatan antiretroviral mempunyai kaitan dengan kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang.

Kebanyakan kesan sampingan boleh diurus tetapi boleh menjadi serius.  Kesan jangka panjang dari antiretroviral termasuk:

  1. Kegagalan buah pinggang
  2. Kegagalan hati 
  3. Penyakit jantung 
  4. Diabetes jenis 2 
  5. Paras kolesterol darah tinggi 
  6. Lipodystrophy, atau perubahan cara badan menyimpan lemak 
  7. Osteoporosis 
  8. Neuropati

Walau bagaimanapun, tanpa rawatan yang mencukupi, HIV boleh mula merosakkan sel-sel dalam sistem imun.

Adalah penting bagi penghidap HIV mengikuti pelan rawatan mereka dengan baik untuk memastikan virus itu ditindas dalam darah.

Rujukan:

1. Berapa Lama Penghidap HIV Boleh Hidup?

2. Jangkat Hayat Penghidap HIV

3. AIDS Map




Hakcipta iluminasi.com (2017)