Pada tahun 2008, suatu keajaiban berlaku, di mana seorang lelaki telah berjaya sembuh daripada HIV. Dalam lebih 70 juta kes HIV, itulah kes pertama yang pesakitnya berjaya sembuh, dah sehingga kini, ianya juga yang terakhir.

Para doktor dan saintis tidak memahami bagaimana lelaki tersebut boleh sembuh. Penyakit-penyakit seperti malaria dan hepatitis C boleh diubati, jadi mengapa tidak untuk HIV?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa Sebenarnya HIV dan Bagaimana Ianya Beroperasi

apa sebenarnya hiv

Pertama sekali, mari fahami bagaimana HIV boleh menjangkiti seseorang, dan berkembang menjadi AIDS. HIV tersebar melalui pertukaran cecair badan, dan antara penyumbang utama kepada penyebaran penyakit ini adalah melalui hubungan intim yang tidak selamat (tidak dilindungi), dan penggunaan jarum suntikan yang tercemar.

Mujurlah penyakit ini tidak boleh tersebar melalui udara, air atau sentuhan. Sesiapapun, tidak kira umur, orientasi seksual, jantina mahupun bangsa boleh berjangkit dengan HIV.

Apabila sudah berada di dalam badan, HIV akan menjangkiti sel-sel yang menjadi sebahagian daripada sistem imunisasi. HIV secara khususnya menyasarkan sel T (helper T cells), yang berfungsi membantu melindungi badan daripada jangkitan bakteria dan kulat.

operasi virus hiv aids

HIV adalah sejenis retrovirus, yakni virus ini boleh menulis kod genetiknya yang tersendiri ke dalam genom sel yang dijangkiti, membuatkan sel-sel ini menggandakan dirinya sendiri.

Ketika peringkat pertama jangkitan HIV, virus ini akan menggandakan dirinya di dalam sel T, menghancurkannya dalam masa yang sama. Pada peringkat ini, pesakit akan mengalami simptom seperti selesema, namun biasanya masih belum berbahaya.

Walaubagaimanapun, antara tempoh masa beberapa bulan hingga beberapa tahun, pada ketika mana pesakit kelihatan dan berasa sihat sepenuhnya, virus tersebut akan terus berganda dan merosakkan sel T.

Apabila jumlah sel T berada pada tahap yang sangat rendah, pesakit mula berada dalam keadaan bahaya, berisiko terkena jangkitan yang boleh membawa maut, yang mana selalunya sistem imunisasi yang sihat boleh menanganinya. Peringkat jangkitan HIV ini kini dikenali sebagai AIDS.

HIV Sebenarnya Boleh Dikawal

hiv boleh dikawal dengan ubat dadah

Berita baiknya, terdapat ubat-ubatan (dadah) yang berupaya mengawal tahap HIV, dan mengelakkan jumlah sel T daripada terus berkurang sehingga ianya berubah menjadi AIDS.

Dengan terapi antiretroviral, kebanyakan pesakit HIV positif boleh hidup lebih lama dan menjalani kehidupan yang sihat, dan lebih rendah kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain.

Namun, terdapat 2 syarat utama. Pertama, pesakit-pesakit HIV positif mesti terus mengambil ubatan untuk seumur hidup mereka, kerana tanpa ubatan ini, virus boleh aktif semula dan mengakibatkan kematian.

Namun bagaimanakah ubatan ini berfungsi? Preskripsi ubatan yang paling biasa digunakan berfungsi menghalang virus genom daripada terus berganda dan bergabung ke dalam DNA sel T.

mengapa hiv dan aids sangat susah untuk diubati 775

Lain-lain ubatan pula menghalang virus tersebut daripada terus matang atau bergabung, menyebabkan HIV gagal untuk menjangkiti sel-sel baru di dalam badan. Namun HIV berupaya menyembunyikan diri di dalam DNA sel T yang sihat, yang mana ubat-ubatan gagal untuk tembusi untuk mencapainya.

Kebanyakan sel T akan mati tidak lama selepas dijangkiti oleh HIV, namun terdapat peratusan kecil di mana 'arahan' (genetik kod) untuk menghasilkan lebih banyak virus HIV menjadi tidak aktif untuk suatu tempoh yang lama, kadang kala untuk beberapa tahun.

Walaupun sekiranya setiap virus HIV boleh dipasifkan daripada badan seseorang pesakit, salah satu sel T boleh diaktifkan semula, dan ianya berupaya menyebarkan virus HIV kembali.

Syarat ke-2 adalah bukan semua orang di dunia ini mempunyai akses terhadap terapi yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Di Sub-Saharan Afrika, yang meliputi lebih 70 peratus pesakit HIV di seluruh dunia, terapi antiretroviral hanya boleh diakses oleh 1 daripada 3 pesakit HIV positif, berdasarkan unjuran pada tahun 2012. Tiada jawapan mudah untuk permasalahan ini.

Kajian Mencari Penawar HIV

penawar hiv aids

Campuran halangan politik, ekonomi dan budaya membuatkan pencegahan dan rawatan yang efektif terbantut. Di Amerika Syarikat, HIV telah menyebabkan kematian sebanyak lebih 10,000 nyawa setiap tahun. Namun, masih terdapat ada harapan para pesakit HIV positif. Para penyelidik kini berada pada tahap semakin hampir ke arah membangunkan penawar yang berkesan.

Salah satu pendekatan sebuah kajian melibatkan penggunaan sejenis ubatan untuk mengaktifkan kesemua sel yang menyimpan maklumat genetik HIV. Ini akan membunuh kesemua sel yang dijangkiti dan mengusir keluar virus tersebut. Kajian lain pula melihat kepada penggunaan alatan genetik untuk memotong DNA HIV keluar daripada genom sel secara sepenuhnya.

Kesimpulan dari kisah ini

keputusan test hiv 177

Walaupun hanya seorang sahaja yang sembuh daripada 70 juta kes HIV dilihat sebagai suatu kebarangkalian yang sangat kecil, namun ianya memberi harapan yang besar kepada penghidap HIV positif. Kini kini sudah tahu bahawa penawar HIV adalah tidak mustahil, hanya itu yang kita perlukan untuk mengalahkan HIV buat selamanya.

Elakkan melakukan hubungan seks bebas yang boleh menyebabkan anda dijangkiti virus HIV. Jangan kerana hendak seronok yang sementara, menyesal seumur hidup.

Rujukan & Bacaan Tambahan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)