Keinginan manusia untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang baru (penggunaan alat solek dikenal pasti sejak dari zaman Mesir purba dan Rom). Namun, cara bagaimana untuk mendapatkan 'kecantikan sempurna' sering berkembang.

Berbilion ringgit dibelanjakan saban tahun di seluruh dunia hanya untuk kecantikan. Walaupun begitu, ada sesetengah orang sanggup melakukan lebih untuk kelihatan lebih muda dan cantik. Di dalam senarai ini terdapat beberapa kaedah pelik rawatan spa di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Urutan ular

spa ular

Bagi mereka yang berani dan mempunyai masalah kesakitan otot atau lenguh badan, Spa Ada Barak di Utara Israel menawarkan rawatan urutan badan yang unik. Dengan bayaran $70 per sesi, anda akan diurut menggunakan sedozen ular yang tidak berbisa.

Dengan menggunakan ular kecil seperti ular susu dan yang lebih besar seperti ular jagung, ia dikatakan dapat melegakan sakit otot di seluruh badan. Seorang pelanggan bernama Liz Cohen memberitahu, walaupun dia takutkan ular namun kesan rawatan yang ditawarkan benar-benar berkesan.

2. Cryotherapy

spa cryotherapy wap sejuk

Cryotherapy ialah salah rawatan menggunakan wap sejuk seperti yang terhasil dari ketulan ais. Dikatakan rawatan suhu sejuk ini telah dilakukan ratusan tahun dahulu di Eropah dan dipanggil 'sauna sejuk'.

Rawatan cryotherapy ini masih baru dan doktor masih belum mengesahkan 100% faedah dan kebaikannya akan tetapi, mengatakan ianya selamat. Namun, ia tidak sesuai digunakan oleh ibu mengandung, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

3. Rawatan kaki menggunakan ikan

spa ikan

Rawatan kaki atau pedicure ikan ini terkenal di Eropah dan Asia. Di Malaysia juga telah banyak spa yang menawarkan perkhidmatan ini. Di Amerika pula rawatan ini sedang mula popular, walaupun sesetengah negeri mengharamkannya kerana masalah kebersihan.

Ketika rawatan, pelanggan perlu merendamkan kaki mereka ke dalam kolam kecil yang dipenuhi ikan Garra Rufa (dari keluarga Cypriniformes). Ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati yang terdapat di kaki dan membuatkan kaki anda lebih bersih dan segar.

4. Rawatan najis burung

rawatan muka taik tahi burung

Kebiasaannya najis burung adalah sesuatu yang anda tidak mahu berada di cermin atau bumbung kereta anda. Akan tetapi, lain pula halnya bagi mereka yang mementingkan kecantikan muka. Terdapat beberapa salon ternama yang menggunakan najis burung bulbul atau nightingale sebagai rawatan untuk merawat kerosakan pada kulit muka.

Dengan harga sekitar $225 sekali rawatan, najis burung ini merupakan bahan utama setelah rawatan sinaran ultraviolet untuk membunuh bakteria pada muka. Ia akan dicampurkan dengan air sebelum disapukan pada muka dan dikatakan akan mengelakkan kulit mengelupas serta membuat tona kulit menjadi sekata.

5. Urutan batu permata

urutan batu permata

Bagi pelanggan yang berkemampuan, pusat rawatan The Spa di menara Trump di New York menawarkan urutan mewah menggunakan batu permata dan minyak urutan khas. Dalam sesi rawatan selama 90 minit itu, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis batu permata seperti berlian, zamrud, delima dan pelbagai lagi.

Dengan harga per sesi sebanyak $295 pada hari biasa dan $395 pada hari minggu, ia dikatakan dapat mengimbangi tenaga dalaman dan menyucikan segala kotoran yang terdapat dalam badan.

6. Rawatan muka siput

rawatan muka siput

Lendir siput telah lama dikenalpasti mempunyai faedah dari segi kesihatan. Namun, satu spa di Jepun telah melakukannya satu tahap lebih ekstrim. Dengan harga sekitar $100, anda boleh mendapatkan rawatan muka dengan menggunakan lendir siput.

Dengan diawasi pakar terapi, beberapa siput akan berjalan dengan perlahan-lahan di atas permukaan kulit muka anda dan meninggalkan lendiran yang mempunyai antioksida serta protein itu.

7. Rawatan rambut sperma lembu

rawatan rambut sperma lembu

Di salon rambut Hari yang terletak di London, terdapat satu rawatan rambut menggunakan bahan unik yang digelar 'viagra untuk rambut' oleh pemiliknya iaitu Hari Salem. Sperma lembu itu diimport olehnya dari Scotland dan Iran. Oleh kerana ianya disimpan di tempat sejuk, sperma itu tidak mempunyai bau.

Namun, Hari telah menghentikan perkhidmatan rawatan yang dianggapnya boleh mencantikkan rambut itu atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

8. Mandian Bir

mandian bir

Terdapat beberapa spa yang menawarkan mandian bir di Eropah seperti German, Austria dan Czech Republic. Para pelanggan boleh berendam di dalam kolah yang diperbuat daripada kayu dan dipenuhi dengan minuman bir. Bukan itu sahaja malah ia juga dicampur dengan gandum, madu dan krim keju.

Menurut pengusaha Hedwig Bauer yang membuka spa bir di Landhotel Moorhof di Franking, Austria, mandian ini boleh merawat beberapa penyakit seperti masalah tulang, gout, eczema, masalah buah pinggang, stroke dan stress.

9. Urutan kuda

urutan kuda

Di Jepun, ada satu seni rawatan yang digelar Reiki, iaitu perpindahan tenaga dari perawat kepada pesakit bagi mengimbangi ketidak stabilan tenaga dan emosi. Namun, di Australia pula rawatan Reiki ini menggunakan kuda sebagai perawat. Pusat rawatan bernama Free Rein Australia ini mempunyai 12 ekor kuda yang bebas berkeliaran yang bertugas sebagai perawat.

Para pelanggan akan berbaring di atas katil yang disediakan di ladang ini sementara kuda-kuda perawat ini bebas melakukan apa sahaja termasuk menghidu, menjilat dan kadangkala berguling. Menurut pengusahanya, rawatan ini dapat membebaskan sekatan tenaga dalam dan menghasilkan getaran positif di dalam badan pelanggan.

10. Berendam di dalam jerami lembap

rawatan jerami

Perkhidmatan yang ditawarkan di Hotel Heubad di Italy ini dikatakan dapat membuang toksik, merangsang metabolisma dan meningkatkan sistem imunisasi. Rawatan ini sudahpun diamalkan di Italy sejak dari tahun 1903 lagi.

Jerami lembab ini diambil pada waktu awal pagi di Alpe yang terletak di Siusi, Italy kerana masih mempunyai kelembapan embun. Bukan itu sahaja malah ia juga dicampur dengan minyak yang dihasilkan dari beberapa jenis bunga.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)