Salah satu kajian yang banyak dilakukan dalam dunia perubatan adalah berkaitan dengan pencarian untuk penawar untuk penyakit AID yang disebabkan oleh HIV. Malah, penyakit ini juga merupakan salah satu penyakit yang membunuh berjuta manusia setiap tahun.

Berjuta-juta dollar dilaburkan untuk kajian mengena AIDS/HIV dan para saintis sendiri tidak dapat menjangka dengan tepat bilakah penawar untuk penyakit ini akan dapat dihasilkan. Namun, ada kisah menarik mengenai seporang pekit HIV yang berjaya sembuh sepenuhnya setelah menjalani satu jenis rawatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Buat sekelian lamanya, pesakit ini dikenali sebagai "Berlin Patient".

Siapa itu "Berlin Patient"?

bekas pesakit hiv 541

"Berlin Patient" adalah frasa yang telah digunakan pada dua keadaan yang berbeza dan tidak berkaitan. Dalam kes pertama, ia digunakan untuk menggambarkanm seorang individu yang tidak dikenali dari Berlin, Jerman, yang telah memperlihatkan kesan sampingan selepas rawatan HIV yang berpanjangan selepas rawatannya terganggu.

Dalam kes kedua, frasa itu digunakan untuk memelihara privasi nama individu yang  telah disembuhkan daripada penyakit HIV. Nama ini diguna ketika kesnya dibentangkan pada sebuah persidangan tahun 2008 "Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections" (CROI), di mana kesnya diumumkan buat pertama kalinya.

Perkataan "Berlin" yang merupakan sebuah tempat di Jerman digunakan kerana individu ini tinggal dan dirawat di Berlin. Kira-kira 2 tahun kemudian, individu yang dikenali sebagai Berlin Patient ini akhirnya muncul di khalayak awam dan memperkenalkan dirinya sebagai Timothy Ray Brown.

Latarbelakng Berlin Patient

berlin patient

"Berlin Patient" pertama merujuk pada seorang pesakit pada tahun 1998. Selepas menerima terapi eksperimen, pesakit tersebut yang namanya sehingga kini yang masih tidak dikenali, telah mengekalkan paras HIV yang rendah dan hanya bergantung dengan terapi antiretroviral.

Pesakit kedua "Berlin Patient",  Timothy Ray Brown pula telah menjalani pembedahan rawatan sel stem pada 7 Februari 2007 untuk menyembuhkan penyakit leukemianya dan pada masa yang sama diharapkan dalam menyembuhkan penyakit HIVnya. Hasil prosedur itu telah dibentangkan oleh Dr Gero Hütter di Persidangan CROI pada 2008 di Boston.

Timothy Ray Brown telah menerima pemindahan sel stem dari penderma secara semulajadinya kebal terhadap HIV. Doktornya memutuskan untuk memberinya pemindahan sel stem daripada penderma yang mempunyai mutasi pada gen CCR5, menjadikannya kebal dariapda penyakit HIV.

Pemindahan sel stem bermutasi 

pemindahan stem sel

Kes ini kekal sebagai salah satu daripada kes yang paling dikaji dalam sejarah HIV. Pada tahun 2006, selepas hidup bersama HIV selama 11 tahun dan hanya merawa dengan pengambilan ubat-ubatan antiretroviral (ARV), Timothy Ray Brown mengetahui bahawa beliau turut menghidapi penyakit leukemia myeloid akut (acute myeloid leukemia).

Leukemia secara semulajadinya tidak mempunyai hubungan yang diketahui dengan jangkitan atau rawatan HIV. Rawatan Kemoterapi terhadapnya gagal dan pada tahun berikutnya, Timothy Ray Brown, seorang warga Amerika yang tinggal di Berlin, menerima rawatan pertama daripada dua pemindahan tulang sumsum dan mula menghentikan rawatan ARVnya.

Kebiasaannya, apabila seseorang pesakit HIV menghentikan rawatan ARV, tahap HIVnya akan naik mendadak dlam tempoh beberapa minggu sahaja. Walau bagaimanapun, para doktor yang melakukan rawatan terhadap Brown berasa pelik pada mulanya kerana perkara ini tidak terjadi pada beliau.

Kisah "London Patient"

kempen hiv

11 kemudian, hampir pada tarikh yang sama dan pada persidangan yang sama, telah diumumkan bahawa terdapat lelaki yang kedua telah sembuh daripada HIV. Individu ini diberi nama "London Patient". Nama sebenar individu ini sehingga kini masih belum didedahkan.

Terdapat persamaan dari segi rawatan yang diterimanya dengan Berlin Patient. London Patient  juga menerima pemindahan sel stem untuk merawat kanser (limfoma Hodgkin) tetapi diberi ubat immunosupresif yang lebih lemah. Penyumbang yang dipilih juga membawa gen CCR5 yang sudah bermutasi.

Timothy Ray Brown, yang telah bebas HIV selama 12 tahun tanpa ubat, berkata beliau ingin bertemu dengan "London Patient" yang tidak dikenali itu. Beliau menggesa lelaki tersebut memunculkan dirinya di khalayak ramai kerana ia sangat berguna untuk sains dan memberi harapan kepada orang yang positif HIV.

Kedua-dua "Berlin Patient" dan "London Patient" berada di peringkat akhir kanser dan mereka turut mempunyai penyakit lain iaitu leukemia (Berlin Patient) dan  limfoma Hodgkin (London Patient). Keadaan ini mungkin membezakan mereka dengan pesakit HIV yang lain.

Bagi mereka, pemindahan sel stem yang mengancam nyawa dan kompleks merupakan percubaan terakhir untuk hidup. Bagi kebanyakan orang lain, ini adalah pilihan yang tidak perlu dan tidak mungkin berbanding dengan mengambil pil harian yang mengawal virus HIV supaya ia tidak merebak, seterusnya membolehkan mereka menjalani kehidupan yang panjang dan sihat.

Kisah kedua-dua individu ini diharapkan memberi harapan dan inspirasi kepada doktor dan pesakit bahawa penyakit ini memang boleh dirawat, namun hanya masa yang akan menentukan bilakah penawar HIV yang universal dan murah mampu ditemui.

Kredit:

  1. Science Mag
  2. Wikipedia
  3. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)