Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Ini merupakan negara-negara yang mempunyai kelaziman tertinggi menghidapi HIV / AIDS di seluruh dunia menurut sumber CIA World Factbook.

Human Immunodeficiency Virus atau dikenali sebagai HIV adalah virus yang melemahkan sistem imunisasi manusia yang boleh menyebabkan terjadinya AIDS. Sekiranya HIV dapat dikesan dengan lebih awal, kemungkinan ia dapat dicegah sebelum berkembang menjadi AIDS.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan rawatan people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya seseorang itu akan menghidapi AIDS. AIDS cuma sebagai satu penanda terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.

Diagnosis dan rawatan yang betul adalah faktor penting untuk pengurusan dan kawalan yang betul kerana tidak ada lagi rawatan yang berkesan untuk AIDS. Walaupun HIV adalah penyakit utama yang menular akibat mengadakan seks bebas dan virus itu dapat dipindahkan melalui pemindahan darah,susu ibu,air mani,air mazi dan juga cecair faraj. Berikut adalah negara yang memiliki kadar HIV/Aids tertinggi dunia :

1. Swaziland

penduduk swaziland mendapat rawatan susulan

Swaziland mempunyai kadar jangkitan HIV / AIDS tertinggi dengan jumlah 27.73% daripada penduduk yang hidup dengan HIV / AIDS. Kebanyakan jangkitan di Swaziland disebarkan melalui seks bebas,penggunaan kondom yang rendah,seks sesama jantina dan keganasan seksual.

 Wanita yang paling terjejas menghidapi wabak ini dengan lebih daripada 31% dilaporkan mempunyai status HIV positif berbanding 20% terhadap kaum lelaki. Tahap keganasan seksual yang tinggi terhadap wanita, perkahwinan bebas dan wanuta berkahwin dengan lelaki yang lebih tua adalah faktor yang menyumbang kepada kadar jangkitan tinggi di kalangan kaum wanita.

2. Botswana

usaha mengurangkan wabak aids di bostwana

Botswana mempunyai kadar populasi HIV / AIDS kedua terbesar di dunia HIV dengan jumlah sebanyak 25.16% populasi yang hidup dengan penyakit ini. Pelacur wanita mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi di Negara ini. Seperti di Swaziland, kebanyakkan wanita yang terjejas oleh wabak HIV ini berbanding kaum lelaki. Perkahwinan paksa yang berlaku disebabkan oleh ketidaksetaraan jantina di negara ini telah memainkan peranan penting untuk penduduk disini menghidapi HIV. Walaupun Botswana mempunyai salah satu mekanisme terbaik untuk menangani HIV, namun mereka tetap berusaha keras untuk mengurangi wabak ini.

3. Lesotho

pemeriksaan hiv percuma di lesotho

23.39% penduduk Lesotho dijangkiti HIV / AIDS dan menjadikan ia berada pada tempat ketiga dalam senarai Negara yang dijangkiti HIV / AIDS tertinggi di dunia. Kebanyakan orang yang dijangkiti virus ini adalah golongan yang kurang bernasib baik di negara ini. Kebanyakkan golongan ini tidak mempunyai suara atau hidup penuh kemiskinan.

Golongan seperti itu adalah dari kalangan wanita, remaja berusia antara 15 dan 24 tahun, golongan yang tidak mendapat pendidikan formal dan tidak mendapat perubatan yang betul. Kawalan infeksi terhadap ibu dan anak telah memainkan peranan penting dalam meminimumkan penyebaran penyakit.

4. Afrika Selatan

pemuda afrika memerlukan sokongan untuk mencegah wabak ini dari berjangkit

Afrika Selatan mempunyai kadar populasi HIV / AIDS tertinggi keempat di dunia dengan 18.92% daripada penduduk negara tersebut hidup dengan HIV / AIDS. Kekurangan pendidikan, kepercayaan yang salah terhadap penyakit dan keganasan seksual telah menyumbang kepada kadar wabak HIV yang tinggi. Wanita di bawah umur 40 tahun kebanyakannya telah dijangkiti wabak ini termasuk juga wanita hamil.

Usaha mengurangi wabak HIV / AIDS

ubat ubatan untuk aids

Negara-negara yang mempunyai kadar tertinggi jangkitan HIV telah mengambil beberapa langkah ke arah mengurangkan kadar jangkitan di kalangan penduduk setempat. Antara langkah-langkah ini termasuk pendidikan yang lebih mengenai HIV / AIDS, mengadakan terapi antiretroviral kepada orang yang dijangkiti dan menggalakkan wanita yang dijangkiti mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penghantaran wabak tersebut dari ibu kepada anak.

Negara lain yang mempunyai kadar HIV / AIDS yang tinggi termasuklah negara Zimbabwe, Namibia, Zambia, Mozambique, Malawi, Uganda, Equatorial Guinea, Tanzania, Kenya, Cote d'Ivoire, Bahamas, Nigeria, Rwanda, Chad, dan Angola.

Kesan HIV / AIDS terhadap masyarakat

kesan hiv terhadap masyarakat

Tentunya HIV / AIDS mempunyai kesan yang tidak baik dalam bidang ekonomi, budaya dan sosial. Kadar kematian akibat wabak ini telah meningkat di kalangan orang yang dijangkiti yang telah membawa kepada penurunan dalam produktif ekonomi individu-individu tersebut.

Kelaziman disebabkan wabak HIV / AIDS yang tinggi telah menyebabkan tahap kemiskinan hidup meningkat dengan banyak disebabkan kebanyakkan wang dibelanjakan untuk mencegah penyakit ini dari menjadi lebih teruk lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)