Anda selalu tak nampak orang 'gila' tidur bawah jambatan atau buang air merata-rata? Jujur nak tanya, adakah anda berasa jijik dan takut melihat mereka atau anda rasa kesian?

Anda panggil golongan ni "orang gila" sebab anda anggap fikiran dan mental mereka kurang waras. Sebab tu mereka tidur di tepi jalan dan cari makanan di dalam tong sampah. Tapi adakah anda tahu bahawa 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia ada penyakit mental? Entah-entah anda pun sebenarnya "orang gila", manalah tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun lepas, Institut Kesihatan Umum di bawah Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu laporan hasil Program Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS). Apa yang menarik, kajian ini mendapati bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai sakit mental meningkat daripada 10.6% pada tahun 1996 kepada 29.2% pada tahun 2015.

1 daripada 3 orang kat malaysia ni sebenarnya sakit mental

Hampir 30% rakyat Malaysia dilaporkan menghadapi penyakit mental. Terkejut tak!

Anda mungkin tak percaya dengan fakta ini dan rasa ini hanya satu gurauan. Tapi ketahuilah bahawa pesakit-pesakit mental di Hospital Bahagia atau Tanjung Rambutan itu hanya mewakili 1% daripada jumlah keseluruhan. Di sana, kebanyakan pesakit yang mengalami sakit mental kronik seperti skizofrenia atau split personality sahaja yang dirawat dengan rapi.

Selebihnya, mereka yang mengalami penyakit mental lain seperti kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan bipolar masih ramai hidup bebas di kalangan kita semua.

Kenapa ramai sangat yang sakit mental?

sebab orang malaysia sakit mental

Foto kredit : PMNeus Kelantan

Anda biasa rasa tekanan emosi tak semasa memandu sebab kena hadapi jalan sesak?

Ataupun semasa sedang bekerja, anda rasa stress sangat sebab boss asyik marah ataupun terpaksa kerja lebih masa dan tinggal anak di rumah?

Ataupun bila anda bergaduh dengan isteri, rasa nak tikam je sebab mulut dia lancang sangat?

Ataupun anda suka jadi keyboard warrior dan sentiasa mencari kesalahan orang kat Facebook? Semua benda pun anda nak komen secara negatif, kadang-kadang mencarut-carut lagi.

Ataupun anda asyik marah dan salahkan Pak Menteri atas semua benda yang terjadi dalam hidup anda walaupun kadang-kadang perkara tu tak ada kena mengena pun?

Semua inilah tanda-tanda anda ada penyakit mental yang disebabkan oleh arus kemodenan dan gaya hidup di bandar.

Negara Asia mempunyai statistik kes bunuh diri antara paling tinggi di dunia.

jangan bunuh diri

Banyak dah kita dengar berita seseorang bunuh diri atau membuat cubaan untuk mati di Korea Selatan, Jepun, China, Singapura dan Thailand. Ada yang disebabkan tekanan hidup, putus cinta, tekanan kewangan atau pasangan curang. Negara-negara Islam kurang sikit buat kerja macam ni sebab agama kita memang melarang sekeras-kerasnya membunuh diri sendiri. 

Mungkin kita belum sampai tahap nak bunuh diri lagi. Tapi kes bunuh emak, bunuh nenek, bunuh anak dah banyak kan? Itu semua pun disebabkan penyakit mentallah tu.

Cuba tanya rakan anda, dia ada masalah mental tak? Konfemlah dia akan jawab anda yang sewel sebab tiba-tiba tanya soalan macam tu. Hampir kesemua rakyat Malaysia TAKKAN senang-senang mengaku yang kita ada masalah mental. Biasalah, orang gila mana nak mengaku dia gila kan?

Oleh itu, janganlah kita asyik pandang hina pada orang gila bawah jambatan tu dan janganlah kita terus melabelkan semua pesakit mental itu yang berada di Hospital Bahagia atau Tanjung Rambutan sahaja.

dapatkan bantuan professional segera sebelum melarat jangan ambil mudah masalah kemurungan atau tekanan

Kalau anda rasa anda mengalami kemurungan atau tekanan melampau, pergilah jumpa dengan pakar. Sekurang-kurangnya anda dapat meluahkan segala isi hati dan ada orang yang boleh bantu anda. Janganlah tulis status sedih-sedih di Facebook untuk mewar-warkan kepada dunia tentang masalah anda. Tiada guna pun mengadu domba di situ. Anda akan berterusan berasa murung.

Tokoh perubatan Islam tersohor iaitu Ibnu Sina pun memandang serius akan masalah mental dan sakit jiwa semasa zamannya dahulu tau.

Jadi, jangan menstereotaipkan orang gila dan tak ada apa nak dimalukan pun kalau ada orang tuduh anda sakit mental. Entah-entah dia pun sama macam anda.

Pergi dapatkan rawatan ya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)