ramai tertanya apa sebenarnya penyakit lan ini jawapannya 1

Kredit foto: Instagram Lan Solo

Prestasi persembahan Lan Solo di konsert keenam pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) agak mengecewakan hingga meletakkannya di kedudukan kedua terbawah.

Menjelaskan keaadan, Mohd Razlan Mohamed Yusof atau Lan memberitahu dia menderita penyakit buasir yang dialami sejak awal minggu lalu.

Susulan itu, Lan, 32, terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Selasa.

Dedahnya, dia turut mendapat nasihat doktor supaya menjalani pembedahan, namun menolak kerana ingin terus beraksi di GV4.

ramai tertanya apa sebenarnya penyakit lan ini jawapannya 2

Kredit foto: Instagram Lan Solo

"Tapi sehingga hari Sabtu keadaan saya masih sama. Walau bagaimanapun, saya yang memohon untuk discharge dari hospital bagi membolehkan saya menyertai pertandingan ini.

"Hari Sabtu malam saya jalani latihan seperti artis lain. Dan malam ini saya sudah cuba buat yang terbaik untuk para penyokong saya. Saya tak mahu hampakan mereka jadi saya buat juga walaupun sedang menahan kesakitan," ujar Lan dalam kenyataan kepada portal Sinar Harian.

Dalam masa sama, Lan berkata, dia enggan mendedahkan tentang penyakit yang dialami itu sebelum ini kerana bimbang dianggap cuba menagih simpati.

"Malam ini (semalam) apa jua keputusan saya dah reda. Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada saya untuk mara ke peringkat separuh akhir.

"Untuk minggu hadapan pula, pun saya dah reda juga. Tapi impian tu kalau boleh mestilah nak ke final kan," katanya yang masih menerima rawatan.

Dalam pada itu, Lan memohon agar peminat mendoakan dia diberi kesembuhan dengan segera untuk kembali beraksi seperti sediakala di GV4.

Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)