Kredit foto: Astro Gempak

Vokalis Kristal, Lan, atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan yang disertainya sejak 18 tahun lalu itu.

Pengundurannya berpunca daripada rasa kecil hati dengan 'perangai' anggota kumpulannya yang didakwa gemar membuat keputusan tanpa berbincang. 

Sebelum ini, menerusi kenyataan di laman sosial kumpulan rock itu, mereka mengumumkan bakal merehatkan Lan seketika kerana ingin memberi laluan kepada karier solonya.

Susulan itu, Kristal mencari vokalis baru menerusi sesi ujibakat yang akan diadakan. 

lan kristal buat pengumuman tergempar 2

Kredit foto: BH Online

"Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya, tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang terakhir yang tahu.

"Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya dipersalahkan dan dituduh 'tunggul'. 

"Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek solo.

lan kristal buat pengumuman tergempar 3

Kredit foto: Astro Gempak

"Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi masih bersama Kristal.

"Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini," luahnya menurut portal BH Online, usai konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.

Lan berkata, dia tidak menyimpan dendam terhadap kumpulan yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya dalam industri hiburan itu.

"Buat peminat kami, teruskan menyokong mereka dan saya tidak pernah berdendam dengan mereka kerana saya sudah anggap mereka sebagai keluarga.

"Apabila perkara ini timbul, saya sangat terkilan dengan apa yang diperkatakan," katanya.

Penyanyi lagu Delaila ini tidak mahu isu itu berlarutan, dan menganggap apa yang diperkatakannya adalah muktamad.

Pada masa sama, Lan, yang masih bertahan dalam persaingan GV4, akan meneruskan kerjaya solonya dengan membawa jenama sendiri.

"Sebenarnya saya ada perancangan sempena 20 tahun Kristal, tetapi apabila kemelut ini terjadi, semua apa yang saya rancangkan sudah berakhir.

"Selepas ini saya akan memfokuskan kepada kerjaya seni saya secara solo," katanya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)