Oleh pada 21 Dec 2017 kategori

muncul dalam muzik video terbaru kumpulan kristal ini pendedahan lan solo 1

Kredit foto: Instagram Kristal

Lan Solo, menepis dakwaan kononnya dia kembali bersama kumpulan Kristal.

Penyanyi itu bagaimanapun memahami ramai peminatnya yang keliru dengan pengedaran single terbaru Kristal, Luahan Hati oleh syarikat rakaman MVM Production yang mana menampilkan dirinya dalam video muzik yang dimuat naik di laman Youtube pada 5 Disember lalu.

Kata pemenang tempat ketiga musim keempat Gegar Vaganza (GV4) itu, dia hanya membantu pihak MVM Production mempromosikan single yang telah dirakamkan Kristal sewaktu berada di bawah label syarikat terbabit.

muncul dalam muzik video terbaru kumpulan kristal ini pendedahan lan solo 2

Kredit foto: Instagram Lan Solo

“Sebenarnya projek lagu terbaru Luahan Hati itu dibuat sebelum Kristal tamat kontrak dengan MVM Production. Kebetulan sewaktu klip video lagu terbaru itu dibuat semua anggota kumpulan Kristal mempunyai komitmen lain.

“Sedangkan dalam waktu sama hanya saya tidak mempunyai apa-apa komitmen jadi apa salahnya saya bantu MVM Production dengan menjayakan klip video itu,” katanya dalam laporan portal Harian Metro.

Tambah Lan, dia tidak keberatan memberikan kerjasama terhadap syarikat rakaman itu yang banyak menyumbang jasa dalam mengembangkan kerjaya seni Kristal.

Namun, tumpuannya selepas ini bakal dialih pada projek solo yang diuruskan oleh pasukan kerjayanya sendiri.

Malah, dia belum ada sebarang perancangan untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain.

Terdahulu, Lan berentap dalam konsert akhir GV4, berlangsung di Pinewood Studio, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Ahad.

 

Sumber berita: Harian Metro 

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)