Kredit foto: Instagram Lan Solo & Instagram @sheilarazlan

Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim dikejarkan ke hospital kerana air ketubannya mengalami kebocoran pada Rabu.

Lan, 32, memberitahu, Sheila kini sedang berada di bawah pemerhatian doktor.

"Sekarang masih dalam pemerhatian. Air ketuban mengalami kebocoran. Insya-Allah semuanya akan baik," katanya memetik portal Mstar Online.

Dalam pada itu, beliau meminta agar para peminat turut sama mendoakan kesihatan isteri dan bayi di dalam kandungannya.

"Minta doa yang baik-baik saja ya," pohon Lan.

Lan membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tentang foto Sheila terlantar di hospital yang dikongsi di laman Instagram.

isteri lan solo dikejarkan ke hospital 2

Kredit foto: Instagram Lan Solo

Foto dan kapsyen tersebut menyatakan isterinya yang hamil 27 minggu terpaksa ditahan di hospital.

Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi keempat mereka, selain berharap segalanya dipermudahkan buat pasangan ini.

Terdahulu, Lan pernah ditahan di hospital sehari sebelum GV4 berlangsung kerana diserang penyakit buasir.

Dia turut mendapat nasihat doktor supaya menjalani pembedahan, namun menolak kerana ingin terus bertanding dalam rancangan realiti itu.

Lan dan Sheila, 32, yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)