Oleh pada 05 Feb 2018 kategori

radin cuba goda amira othman

Kredit foto: Portal Cari

Juruhebah radio, Radin menafikan berhubungan cinta dengan penyanyi Amira Othman.

Radin atau Radin Amir Affendy, 28, akui persahabatan yang terjalin sudah lama, namun tidak sampai ke tahap bercinta.

“Kami memang kenal rapat dan dah berkawan lama. Saya juga dah kenal ahli keluarganya tapi ia adalah sekadar kawan biasa dan tak lebih dari itu,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak hanya itu, beliau menepis dakwaan kononnya sedang cuba memikat Amira.

“Saya memang sering gunakan ayat ‘pick up line’, tapi itu adalah bahan kandungan saya ketika mengacarakan sesuatu majlis atau di konti.

“Jadi, di majlis pelancaran single baru Amira baru-baru ini, saya hanya menjalankan tugas saya sebagai pengacara majlis, dan tak sangka pula disalah anggap,” katanya.

Jujurnya, kata Radin, tidak terlintas di fikirannya untuk mencipta gosip memandangkan tumpuannya kini adalah bekerja demi menyara kehidupan sekeluarga.

Malah, pada satu tahap, penyampai radio Era ini berasa lelah dikaitkan dengan beberapa selebriti.

“Saya sendiri pun dah penat apabila sering dikaitkan dengan artis. Saya harap, dengan kenyataan ini, ramai yang faham dan tidak salah anggap.

“Lagi pula, Amira dan keluarganya pun bukanlah artis yang sering dikaitkan dengan gosip. Jadi, saya tak mahu kerana hal sebegini membuatkan mereka tak selesa,” katanya.

Untuk rekod, Radin juga pernah didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Ayda Jebat dan Nabila Razali.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)