Kredit foto: Instagram Amira Othman & Twitter Hael Husaini

Penyanyi Amira Othman akhirnya terbuka hati untuk mengambil lagu ciptaan komposer Hael Husaini sebagai single keempatnya selepas setahun menyepikan diri.

Dedah Amira, kehilangannya sebelum ini kerana sedang mencari lagu yang benar-benar sesuai untuk mempertahankan namanya dalam industri hiburan.

akhirnya amira othman pilih hael husaini 2

Kredit foto: Instagram Amira Othman

Bagi single keempat ini, saya akui mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan lagu baharu. Bukan apa, saya sangat cerewat sehingga sukar berjumpa dengan lagu yang betul-betul memikat hati. Pada saya, lagu yang berkualiti adalah paling penting untuk seorang penyanyi kerana saya mahu lagu yang betul-betul menangkap jiwa pendengar. Alhamdulilah, saya jumpa dengan lagu dan melodi yang saya nak iaitu hasil karya Hael Husaini.
Sumber: Astro Gempak

Dalam pada itu, Amira tidak serik untuk mendapatkan khidmat Hael selepas kejayaan single Hati-Hati ciptaan komposer itu sebelum ini.

Kata Amira, bekas ahli kumpulan Azhael yang kini bergerak solo itu tahu citarasa muziknya dalam bidang nyanyian. 

akhirnya amira othman pilih hael husaini 3

Kredit foto: Instagram Amira Othman

Sebenarnya Hael pernah cipta lagu saya sebelum ini dan kini dia berjaya muncul dengan sebuah lagu yang memenuhi citarasa saya. Pun begitu, single terbaharu saya ini genrenya berbeza sedikit daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Saya mahu tampil sesuatu yang baharu dan segar tetapi masih ada sedikit vibes lagu Hati-Hati. Namun lagu itu masih belum ada judul kerana liriknya belum lagi disiapkan.
Sumber: Astro Gempak

Single terbaru itu akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)