amira othman umum bila bakal berkahwin 1

Kredit foto: Instagram Amira Othman

Aktres dan penyanyi Amira Othman merancang untuk berkahwin dua tahun dari sekarang.

Namun, jika hasratnya itu tidak kesampaian, pelantun Jaga Jaga ini lebih rela menyerahkan soal terbabit kepada kedua orang tuanya.

Amira yang berusia 25 tahun percaya keputusan yang bakal dibuat kedua ibu bapanya itu akan menjadi yang terbaik dalam penentuan haluan hidupnya.

amira othman umum bila bakal berkahwin 2

Kredit foto: Instagram Amira Othman

"Kalau ikut sasaran, saya nak kahwin pada umur 26 atau 27 tahun.

"Tapi, saya akan serahkan pada ibu bapa saya kalau masih belum lagi bertemu kekasih, tahun depan.

"Lagipun, mak ayah kita mesti akan tentukan yang terbaik untuk kita," katanya memetik laporan portal Sinar Harian.

Pelakon drama rantaian Abang Bomba I Love You ini ditemubual usai pelancaran produk kesihatan, CTFit Detoks, yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amira akui tidak meletakkan syarat untuk berkawan dengan sesiapa sekalipun.

Namun, penyanyi Mimpi Indah ini menegaskan belum bersedia mengorak langkah dalam fasa perhubungan yang lebih serius.

"Buat masa ini, saya tak menolak kalau ada yang nak berkawan kerana ia tak menganggu pun.

"Cumanya saya belum terfikir untuk ke arah yang lebih serius," katanya.

Ini berikutan bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini enggan bersikap terburu-buru apabila sesuatu yang membabitkan soal hati.

Jelasnya, keserasian menjadi tunggak utama dalam hubungan dengan mana-mana jejaka yang berminat mengenalinya.

amira othman umum bila bakal berkahwin 3

Kredit foto: Instagram Amira Othman

"Saya takut juga kalau orang yang saya kenal nanti, tak sesuai dengan saya.

"Mujurlah, ibu bapa saya juga seorang yang yang berfikiran terbuka dan boleh dibawa berbincang.

"Sebab itu, saya yakin dengan naluri mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amira juga mempunyai perancangan untuk memajukan perniagaan sendiri sebelum menamatkan zaman solonya.

Namun ia hanyalah perancangan bakat kelahiran Johor Bahru ini kerana sudahnya, beliau akur akan rezeki yang ditentukan-Nya.

"Kalau boleh, saya nak capai dulu apa yang saya impikan.

"Tapi, ini semua apa yang saya plan. Saya tak tahu apa rancangan ALLAH. Jadi, saya harap semua baik-baik saja," katanya.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)