amira othman perjelas status hubungan dengan ippo hafiz

Kredit foto asal: Instagram.com/amiraaothman & Instagram.com/ippohafiz

Penyanyi Amira Othman menafikan gosip hubungan rapat dengan penyanyi dan komposer Ippo Hafiz.

Pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman (24 tahun) itu menjelaskan dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali memandangkan mereka cuma berjumpa di acara hiburan.

Saya terkejut apabila dapat tahu tentang gosip saya dan Ippo. Kelakar pun ada juga. Yela, saya dan dia tidak pernah berhubung secara peribadi.


Kalau jumpa dia pun di acara atau majlis hiburan yang sama-sama hadir. Jadi, dari mana datangnya kami berkawan rapat?


Saya nak tegaskan yang gosip tersebut semuanya tidak betul .

Spekulasi tersebut mula timbul sejak ianya dilaporkan dalam ruangan gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Oleh yang demikian, penyanyi lagu 'Hati-Hati' itu meminta agar dia tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki yang bergelar selebriti.

Janganlah gosipkan saya dengan sesiapa lagi selepas ini. Saya perlu jaga hati banyak pihak termasuklah keluarga.


Takut nanti orang salah faham dengan saya yang membawa imej wanita bertudung tapi kerap ada gosip cinta .

Sebelum ini, Amira juga pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Khai Bahar. Namun, Amira menafikannya dan menganggap Khai tidak lebih dari seorang adik semata-mata.

Bagi hal kerjayanya, Amira akan masuk studio dalam masa terdekat bagi menjalani sesi rakaman lagu terbarunya yang mendapat sentuhan komposer dan penyanyi Hael Husaini.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan masuk studio untuk rakam lagu baru. Lagu tersebut hasil ciptaan penuh Hael Husaini.


Tajuk belum ada lagi sebab masih menunggu komposer Edry Abd Halim yang masih bercuti di London.


Edry yang akan terbitkan lagu tersebut, sebab itu kena tunggu dia balik.

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)