Oleh pada 26 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Tonton & Instagram Meletop

Penyanyi terkenal, Misha Omar hangat diperkatakan netizen apabila menyampaikan lagu terbaharu, Sampai Bila di program hiburan Meletop pada Selasa.

Ini gara-gara beliau menggayakan aksi menyanyi sambil duduk, sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan peminat akan punca sebenar dia beraksi sedemikian.

"Saya memang nak menyanyi berdiri, tetapi menyedari Lofa dan Nabil duduk di situ, saya berasakan tidak manis jika membelakangkan mereka.

"Jadi, dalam segan saya duduk juga sambil menyanyi. Tidak menjangka pula perkara ini menjadi bualan peminat di Instagram dan Twitter. Malu saya dibuatnya," kata Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar kepada Harian Metro.

Mengulas komen diutarakan netizen di laman sosial, Misha akui terharu kerana sokongan berterusan yang diberikan serta tidak menjangka ia menjadi tular hingga meraih reaksi di luar jangkaan.

punca sebenar misha omar menyanyi sambil duduk di meletop hingga kakaknya bengang 2

Kredit foto: Instagram Misha Omar

"Pada mulanya, saya tidak tahu perkara ini menjadi besar dalam kalangan peminat. Selepas dimaklumkan, baru saya berpeluang baca satu persatu.

"Sejujurnya, saya sangat terharu. Alhamdulillah, saya gembira. Terima kasih kepada yang menonton dan sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya.

Misha juga akui, kakaknya, Mimie Omar yang bertindak selaku pengurus, terkait sama bengang melihat dia menyanyi secara duduk.

Katanya, Mimie terlebih dahulu terlibat dalam pemilihan kasut di mana wanita itu diarahkan untuk mendapatkan kasut tumit tinggi buatnya.

"Saya minta Mimie sediakan kasut tumit tinggi sebab nak nampak cantik apabila berdiri. Sedangkan pada awalnya dia nak berikan 'sneakers'.

"Apabila saya menyanyi sambil duduk, dia bising tetapi secara bergurau," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)