Oleh pada 29 Aug 2018 kategori

maya karin kongsi momen muntah darah dalam program meletop 1

Kredit foto: Youtube Meletop

Sedang muncul sebagai tetamu jemputan program televisyen, tiba-tiba pula muntah darah! Sudah tentu menimbulkan kekalutan, bukan?

Itulah yang terjadi kepada pelakon Maya Karin ketika diwawancara dalam rancangan hiburan Meletop, malam tadi sehingga mengejutkan kedua-dua hos, Nabil Ahmad dan Neelofa, termasuk dua lagi pelakon utama filem Munafik 2 yang diundang iaitu Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan.

Kemudiannya, Maya segera bangkit dari duduknya sebelum menyeru nama pengurus beliau untuk meminta pertolongan.

Insiden tersebut bagaimanapun berakhir dengan kemunculan semula Maya yang melepaskan ketawa.

"Saya kembali lagi! Okey tak? Jadi tak saya berlakon?" kata Maya sekaligus menyimpulkan apa yang berlaku itu hanyalah sekadar gimik promosi filem seram terbarunya. 

maya karin kongsi momen muntah darah dalam program meletop 2

Kredit foto: Instagram Maya Karin

Apabila aktres itu berkongsi rakaman pendek momen berkenaan di laman sosial, rata-rata peminat mengagumi gimik yang ditampilkan kerana nampak 'real', juga terhibur melihat wajah cemas Nabil dan Neelofa yang nyata panik.

Munafik 2 antara lain dibintangi Datuk Fizz Fairuz, Mawi dan Fauzi Nawawi, memasuki 140 pawagam mulai 30 Ogos (esok).


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)