Oleh pada 13 Feb 2019 kategori

Lirik

Lagu: Sampai Bila

Penyanyi: Misha Omar

Komposer: Sharon Paul

Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

         

Andai dapat kau dengar ombak hati ini

Dihempas sepi tiada berlagu

Dulu tenang dan dilayari kasihmu

Kini dilanda gelora tak menentu

           

Sampai bila, harus ku bertanya

Firasat hatimu, yang terus membisu

Segala dendamku

Kini telah menjadi bebanan jiwa

Saat kau mencari pengganti cinta

            

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi

Biarkan aku kini sendiri

Oh pergilah dengan dia yang kau cinta

Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

            

Padamu aku hanya

Kaca yang tak berharga

Pudar seri kosong kelam tak bermakna

          

Ku melangkah dengan hati yang kecewa

Moga ada secebis ketabatan mengubati

           

lirik lagu sampai bila misha omar 2

             

Info

  • Nama sebenarnya, Samihah @Aisah Omar. Dikenali sebagai Misha Omar.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Firoz Ezzwan Rossly yang juga merupakan seorang juruterbang pada tahun 2014.
  • Single Sampai Bila dilancarkan pada Mei 2018 selepas hampir dua tahun beliau berehat daripada dunia hiburan susulan kelahiran anak sulung.
  • Menyedari perubahan pada suara selepas melahirkan anak, Misha nekad mendapatkan khidmat penyanyi dan pensyarah vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat dalam mendalami aspek teori dan praktikal seni suara.
  • Lirik Sampai Bila dikatakan telah memberikan impak besar terhadap hidupnya yang pernah dilanda dugaan getir.
  • Single itu terpilih menjadi lagu tema drama fenomena, Jangan Benci Cintaku diterajui Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.
  • Video nyanyian secara 'live' Misha di Meletop mendendangkan Sampai Bila menjadi tular gara-gara menyanyi sambil duduk. Namun beliau menjelaskan enggan membelakangi pengacara program berkenaan, Nabil Ahmad dan Neelofa selain ingin berada dalam kedudukan posisi yang selesa.
  • Beliau merupakan pemegang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali.
  • Selain anugerah vokal terbaik, Misha juga ditempatkan di kedudukan ketiga pada malam AJL ke-33, baru-baru ini.
  • Sampai Bila dianggapnya cukup mencabar kerana bait lirik yang menuntut penceritaan kuat daripada segi emosi serta tenaga.

             

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online [1, 2, 3, 4]

3. Instagram Misha Omar

4. Youtube Misha Omar VEVO

5. Youtube TV3 Malaysia Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)