Apabila membicarakan mengenai Parti Nazi, nama Adolf Hitler pastinya bermain di minda. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kejayaan tentera Nazi meluaskan kekuasaannya suatu ketika dahulu turut dibantu oleh Hermann Göring, iaitu orang kanan Hitler sendiri.

Walaupun namanya mungkin kurang popular, individu ini jugalah yang sebenarnya telah membantu Hitler suatu ketika dahulu untuk menguasai jawatan tertinggi parti, seterusnya menyebarkan idealoginya. Maka, tidak hairanlah Hitler telah menganugerahinya anugerah "Reichsmarschall" yang bermaksud ketua bagi semua angkatan tentera Jerman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang yang mempunyai sifat memberontak

hermann g ring

Hermann Göring lahir pada tahun 1893 dalam sebuah keluarga aristokrat. Latar belakang keluarganya yang kaya bermakna dia hidup dalam kemewahan sejak daripada kecil lagi. Walau bagaimanapun, sifatnya yang suka memberontak dan nakal menyebabkan keluarganya telah menghantarnya ke sekolah ketenteraan.

Di sekolah tersebut, dia berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang dan berjaya ditawarkan sebagai juruterbang. Latarbelakang keluarganya yang datang daripada keluarga orang bangsawan serta pencapaiannya yang cemerlang di sekolah tentera menjadikan beliau cukup popular.

Hermann Göring pertama kali bertemu dengan Adolf Hitler pad tahun 1922 ketika menyertai satu demonstrasi bagi memprotes Perjanjian Versailles yang menamatkan Perang Dunia Pertama. Seperti kebanyakan orang Jerman, dia tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dianggap berat sebelah yang dikenakan terhadap Jerman melalui perjanjian tersebut.

Membantu Adolff Hitler merampas kuasa

hermann g ring dan hitler

Dengan latarbelakang dan pengaruhnya sebagai pegawai tentera, Hitler telah mengarahkan penubuhan sebuah pasukan samseng yang digelar Sturmabteilung. Pada tahun 1923, dia telah membantu Hitler melakukan rampasan kuasa pertama yang dikenali sebagai Pemberontakan Beer Hall.

Usaha tersebut walau bagaimanapun gagal dan dia melarikan diri ke Austria bagi mengelakkan dikenakan hukuman penjara. Disana, dia dan Hitler terus melancarkan rancangan-rancangan baru untuk merampas kuasa daripada kerajaan pemerintah Jerman.

Mereka berdua kembali ke Jerman pada tahun 1927. Kerana taat setianya pada Hitler, laluannya begitu mudah bagi menjadi orang atasan Parti Nazi. Selama 5 tahun selepas kembali ke Jerman, dia telah bertungkus lumus menyebarkan idealogi Nazi dan melobi bagi pihak Hitler.

Bagi tujuan itu, dia telah menemui ramai pegawai tentera, ahli perniagaan dan orang-orang penting bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap perjuangan Parti Nazi yang diterajui Hitler ketika itu.

Ternyata usahanya itu banyak membantu kemenangan Parti Nazi dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 1932. Malah, dia sendiri telah berjaya menjadi seorang menteri dalam parlimen Jerman. Dengan kuasanya itu, dia telah membantu Hitler menjadi Chancellor.

Dengan itu, ianya memberi laluan mudah bagi Hitler untuk meneruskan cita-cita dan menyebarkan idealoginya. Pemilikan kuasa oleh Hitler ini menandakan bermulanya tempoh penderitaan dan kemusnahan yang paling besar dalam sejarah manusia.

Mewujudkan pasukan polis khas

gestapo

Apabila Hitler sudah menjadi Chancellor, maka makin mudahlah Hermann Göring meluaskan kuasa dan pengaruh politiknya. Malah, dalam kerajaan dia juga telah diberikan beberapa jawatan penting seperti Menteri Dalam Negeri, Ketua Komander Polis dan Ketua Komander Pasukan Tentera Udara yang dikenali sebagai Luftwaffe.

Dengan segala pengaruh yang dimiliknya, dia juga memainkan peranan penting dalam penubuhan pasukan Polis Rahsia Nazi yang dikenali sebagai Gestapo. Dalam sejarah, organisasi Gestapo inilah yang telah memainkan peranan utama dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang dikenali sebagai Holocaust.

Ketagihan terhadap dadah dan gaya hidup mewah

nuremberg trials 925

Ketagihan terhadap dadah dan gaya hidup mewah yang diamalkannya merupakan antara faktor kejatuhannya. Sewaktu peristiwa pemberontakan pada 1923 yang gagal, Hermann Göring telah menerima sedas tembakan pada kakinya. Bagi mengurangkan kesakitannya, doktor yang merawatnya telah memberikannya dadah jenis morfin.

Lama-kelamaan, dia menjadi ketagih dengan dadah sehingga menyebabkannya pernah dimasukkan ke hospital mental sebanyak 2 kali pada tahun 1925 dan 1926. Kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan oleh pasukan Luftwaffe yang dipimpinnya terutamanya dalam misi menjajah Russia dan mempertahankan Jerman daripada serangan pasukan Tentera Bersekutu menyebabkan kuasa dan kedudukannya semakin terjejas.

Pada tahun 1945, Hermann Göring telah ditangkap oleh pasukan Tentera Bersekutu setelah kejatuhan Nazi. Dia dan beberapa orang atasan juga telah dihadapkan ke tribunal pengadilan yang dikenali sebagai Nuremberg Trials atas segala kesalahan mereka.

  1. Wikipedia
  2. Encyclopaedia Britannica
  3. History.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)