Selama - Bukit Bertam : Seorang warga emas berusia 96 tahun disini, didapati masih memiliki tubuh badan dan mental yang sihat. Sekali pandang disangkakan baru berumur lingkungan 70an. Beliau memiliki pendengaran dan penglihatan yang sangat baik jika hendak dinilai dari umurnya itu.

makcik che dah ibrahim nenek berumur 96 tahun masih sihat dan kuat Nenek berumur 96 tahun ini memiliki 8 anak, 62 cucu dan 83 orang cicit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih dikenali sebagai Hajah Che Dah Ibrahim, masih mampu mengangkat bebanan yang sederhana berat sambil berdialog mesra dengan pihak media. Pemeriksaan kesihatan di hospital juga menunjukkan beliau cuma memiliki masalah jantung yang tidak serius dan sedikit masalah darah tinggi.

Berikut adalah antara petua yang disampaikan oleh beliau.

Amalkan makanan sihat, sayur dan ulam-ulaman

"Makcik pakai cermin mata ni untuk membaca saja. Kalau tengok muka orang tanpa pakai cermin mata, makcik boleh cam" kata Makcik Dah. Beliau cukup kenal gambar-gambar ahli politik sekiranya ditunjukkan kepadanya. Masa zaman komunis dulu Che Dah menceritakan juga bagaimana mereka hanya menjamah ubi kayu dan pisang rebus di dalam hutan kerana bersembunyi dikhuatiri komunis menculik anak dara.

Biasakan diri melakukan pekerjaan berat

"Makcik dah terbiasa buat kerja berat, sebab itu sampai sekarang pun makcik tak boleh duduk diam tak berbuat apa-apa". Di usia remajanya, beliau menceritakan bahawa beliau bekerja keras mengusahakan sawah padi. Itulah sebabnya ramai di antara orang tua-tua terdahulu badannya sihat dan kuat.

Banyakkan membaca Al-Quran

Salah satu sebab penglihatan makcik Dah masih elok dan tajam walaupun berumur 96 tahun adalah rajin membaca surah Al-Quran. Setiap hari, jika tiada apa-apa untuk dibuat, Makcik Dah akan membaca Al-Quran. "Boleh dikatakan hampir setiap minggulah makcik khatam Al-Quran ni" Tambahnya lagi.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, manusia zaman sekarang jauh berbeza cara hidupnya dengan manusia di zaman Che Dah. Kini ramai makan makanan pakejing yang diproses (tidak asli) dan tidak mengamalkan hidup sihat. Atas dasar kesempitan hidup, ramai terpaksa bekerja keras sehingga tidak ada masa untuk membaca Al-Quran. Kita perlu berubah!Wallahualam




Hakcipta iluminasi.com (2017)