Kredit foto: Muhammed Kacar / Dogan News Agency Via Reuters
Pesawat Boeing 737-800 yang dinaiki seramai 168 penumpang tergantung di tebing setelah terbabas dari landasan semasa berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki.
Selain itu, dua juruterbang dan empat anak kapal turut terperangkap dalam kejadian yang berlaku semalam.
Daily Mail melaporkan, tayar pesawat milik Pegasus Airlines itu yang tersangkut berjaya menyelamatkannya dari terjunam ke dalam Laut Hitam.
Menurut Reuters, syarikat penerbangan murah Turki berkenaan mengesahkan tiada sebarang kecederaan dalam nahas tersebut.
Pesawat itu berlepas dari Ankara, Turki dan sempat mendarat di lapangan terbang. Sejam setengah kemudian, ia berlepas kembali di mana kejadian malang itu berlaku.
Lapangan Terbang Trabzon diarahkan ditutup, beserta penangguhan dan pelencongan penerbangan lain.
Sumber berita: Harian Metro