Penerbangan yang tertangguh, bayi yang menangis, dan kerusi yang sempit boleh membuatkan penumpang pesawat berasa seperti mahu melompat keluar.

Dan realitinya, terdapat beberapa kes yang melibatkan penumpang "gila" cuba untuk membuka pintu kecemasan pesawat dan ramai kru kabin berkongsikan cerita pengalaman mereka untuk menenangkan para penumpang lain.

Dalam kes terbaru, seorang wanita Cina telah membuka pintu kecemasan di wilayah Hubei, China. Sebabnya? Dia mahu mendapatkan udara yang segar.

Mujurlah ketika itu pesawat masih belum berlepas. Pada tahun sebelumnya, seorang wanita di Nanjing, China yang pertama kali menaiki pesawat, tersalah membuka pintu kecemasan yang disangkakan pintu tandas membuatkan penerbangan tertangguh selama 2 jam.

Namun, apa sebenarnya yang akan berlaku jika pintu kecemasan pesawat dibuka ketika berada di udara dan tanpa pengetahuan kru kabin? 

buka pintu ketika pesawat sedang terbang

Adakah pintu yang terbuka itu akan menyedut keluar semua penumpang yang berada berhampiran pintu, membekukan kabin dan menyebabkan pesawat meletup?

Mimpi ngeri itu hampir menjadi kenyataan apabila seorang penumpang kelas pertama cuba untuk membuka pintu kabin pesawat Delta Air dari Chicago ke Beijing.

Kru pesawat berjaya menahannya dan dia ditahan selepas pesawat mendarat. Walaupun pihak media melaporkan kes ini, namun mereka jarang sekali menyatakan fakta yang paling penting iaitu anda tidak boleh buka pintu atau kunci keselamatan dalam pesawat yang sedang terbang.

"Anda tidak boleh, tidak boleh membuka pintu atau kunci keselamatan tersebut. Di ketinggian penerbangan yang biasa, tekanan yang menolak ke ruang dalaman mencapai 8 paun setiap inci. Ini bersamaan dengan 1,100 paun terhadap setiap kaki persegi pintu," jelas juruterbang Patrick Smith dalam blognya, Ask The Pilot.

Lagipun, pintu tersebut tertutup rapat oleh "satu siri selak elektrik dan / atau kunci mekanikal".

Dengan ini, anda boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan besar hal ini tidak akan berlaku. Namun, katakan seseorang itu membawa jek hidraulik ke atas pesawat dan berjaya membuka pintu tersebut.

Apa yang akan berlaku?

penumpang berdekatan pintu keluar akan disedut keluar ke langit

Menurut Patrick lagi, sesiapa yang berada berhampiran dengan pintu keluar tersebut akan tercampak ke langit.

Kemudian, suhu kabin akan merudum ke tahap yang mendorong radang dingin (frostbite), dan pesawat itu sendiri akan mula retak.

Dengan kata lain,tekanan dalam pesawat akan turun sebaik sahaja pesawat yang tertutup menjadi terbuka. 

Dalam kebanyakan kes, hal ini terjadi kerana kegagalan mekanikal dan bukan kerana penumpang yang mempunyai kekuatan seperti Hulk berjaya membuka pintu pesawat ketika penerbangan.

Dalam kes ini, anda mempunyai kesedaran kira-kira 15 hingga 20 saat untuk memakai topeng oksigen.

pakai topeng oksigen jika pesawat terbuka ketika terbang

Kemungkinan besar juruterbang akan menurunkan pesawat ke 10,000 kaki, iaitu ketinggian di mana kebanyakan orang yang sihat mampu bernafas.

Kemudian, juruterbang akan membuat pendaratan kecemasan.

Satu kes seperti ini pernah berlaku pada tahun 1988 apabila satu bahagian bumbung pesawat terbuka.

Seorang kru pesawat disedut melalui lubang tersebut, namun juruterbang berjaya membuat pendaratan dalam masa 13 minit dan mengelakkan berlakunya kematian tambahan.

Rujukan:

1. Aerotime

2. Telegraph

3. Apa Akan Berlaku Jika Pintu Pesawat Dibuka Ketika Terbang?



Hakcipta iluminasi.com (2017)