Sumber foto: chicagotribune.com
Gara-gara kelakuan gila penumpang mengesat najisnya ke seluruh dinding tandas, pesawat United Airlines yang melakukan penerbangan dari Chicago, USA, ke Hong Kong terpaksa dilencongkan ke Alaska.
Penumpang terbabit yang merupakan seorang lelaki Vietnam berusia 22 tahun dilaporkan merosakkan dua tandas pesawat berkenaan.
Menurut, Lt Polis lapangan terbang Anchorage, Joe Gamache, dia bagaimanapun tidak mengancam penumpang atau cuba mengganggu kru pesawat.
Lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental.
Keluarga lelaki itu menghantarnya pulang ke Vietnam untuk mengawal kelakuannya supaya tidak terbabit dengan sebarang ‘masalah’, ujar penumpang yang duduk di sebelahnya.
Tri Nguyen berkata kepada KTVA bahawa keadaannya amat tidak terkawal dan dia sedaya upaya cuba menenangkannya.
Insiden melibatkan 245 penumpang di dalam pesawat berkenaan.
United Airlines yang dimiliki United Continental Holdings Inc memberi kemudahan penginapan kepada kesemua penumpang.
Sumber berita: Harian Metro