Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) sehingga kini sudah mengetahui sejumlah 206 syarikat yang memilki perniagaan melibatkan penempatan haram Israel di Tebing Barat.
Pejabat UNHRC menyatakan, sejumlah 143 syarikat menjalankan kegiatan di Israel atau di kawasan penempatan tersebut. Sementara itu, sejumlah 22 syarikat lain berada di Amerika Syarikat dan bakinya berada di 19 negara lain.
UNHRC menerangkan hubungan perniagaan tersebut mengakibatkan pelanggaran hak penduduk Palestin semakin meluas dan binasa.
Meskipun begitu, laporan itu tidak menyebut nama syarikat terlibat, tetapi 64 daripadanya sudah dihubungi.
Sumber sepenuhnya: Reuters & Utusan Online