Syarikat Boeing adalah sebuah syarikat multinasional Amerika yang merancang, mengeluarkan, dan menjual pesawat, rotor, roket, satelit, peralatan telekomunikasi, dan peluru berpandu di seluruh dunia.

Syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan penyewaan dan sokongan produk. Namun, syarikat ini paling terkenal dengan produk pesawatnya yang tersangat gah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan ramai mengetahui nama-nama pesawat Boeing seperti Boeing 737, 747, 787 dan banyak lagi.

Jika anda melihat nama-nama pesawat komersial Boeing, pastinya anda perasan bahawa kebanyakannya dinamakan seperti 7*7, yang bermakna ia bermula dan berakhir dengan 7.

Walaupun huruf dan nombor yang diberikan kepada pesawat kelihatan seperti dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebenarnya ada sistem yang disusun dengan baik di sebalik penamaan ini.

Pesawat Boeing pertama yang diberi nama dengan konsep ini adalah Boeing 707 dan terdapat banyak mitos tentang nama ini.

Penggemar matematik dan jurutera berkata bahawa nama 707 adalah kerana sinus sudut sayap Boeing 707 adalah 0.707. Ini adalah tidak benar kerana sudut tersebut adalah 35° dan bukannya 45° (sin 35° = 0.574; sin 45° = 0.707).

Sesetengah orang percaya dengan tahyul berkata bahawa nombor 7 mempunyai nasib yang baik, sebab itu pesawat Boeing dinamakan dengan 707.

Namun, semua ini hanyalah mitos.

Sebab penamaan yang sebenar

bagaimana pesawat boeing mendapat namanya

Boeing telah memberikan nombor model berurutan kepada reka bentuknya selama beberapa dekad seperti Model 40, Model 80, Model 247, Model 307 Stratoliner dan Model 377 Stratocruiser, dan sebagainya.

Pada mulanya, Boeing hanyalah sebuah syarikat pengeluar pesawat tentera.

Tetapi William Allen memutuskan untuk memperluaskan perniagaan mereka ke kapal terbang komersial, dan meneruskan bidang baru peluru berpandu serta kapal angkasa.

Untuk menyokong strategi kepelbagaian ini, jabatan kejuruteraan Boeing membahagi nombor model menjadi 100 blok untuk setiap bahagian produk baru.

Sebagai contoh, siri 300 dan 400 terus digunakan untuk mewakili pesawat, siri 500 akan digunakan untuk enjin turbin, siri 600 untuk roket dan peluru berpandu dan siri 700 diketepikan untuk pesawat pengangkutan.

boeing kc 97

(Boeing KC-97)

Pada mulanya, Prototaip 707 dipanggil sebagai 367-80 atau "Dash 80."

Model 367-80 berkuasa jet ini dibuat selepas pengubahsuaian dalam pesawat udara berpacuan kipas 367 yang lebih dikenali sebagai KC-97.

Oleh kerana model 367-80 adalah pesawat berkuasa jet, ia harus dinamakan mengikut sirinya iaitu siri 700, tetapi menurut Boeing, pesawat komersial pertama dinamakan sebagai 700 kelihatan tidak begitu menarik.

Oleh itu, pasukan perniagaan Boeing memutuskan untuk menamakan pesawat mereka sebagai 707 (disebut sebagai Tujuh Oh Tujuh)

Berikutan corak ini, Boeing menamakan pesawat mereka sebagai 7*7 sehingga ke hari ini.

boeing 747 121 pan am

(Boeing 747-121 Pan Am)

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Setiap pesawat komersial Boeing mempunyai nama yang lengkap dengan corak 7*7-ABC, di mana ABC adalah mana-mana nombor tiga digit.

ABC mewakili kod pelanggan Boeing, sebagai contoh Boeing 747-121 yang merupakan pesawat siri 747-100 yang dijual kepada syarikat penerbangan Pan Am.

Maksud di sebalik nama pesawat Airbus

pesawat airbus a380

Airbus SE adalah sebuah syarikat aeroangkasa multinasional Eropah.

Pada tahun 2019, Airbus adalah pengeluar pesawat udara terbesar di dunia dan menerima pesanan pesawat paling banyak di dunia.

Airbus didaftarkan di Belanda dan sahamnya didagangkan di Jerman, Perancis dan Sepanyol.

Dari segi penamaan penamaan pesawat, Airbus mempunyai kod yang cukup tersusun.

Pesawat Airbus pertama yang dihasilkan adalah A300. Dalam kes ini, "A" membawa maksud Airbus dan 300 adalah kapasiti asal pesawat tersebut.

Selepas seketika, Airbus menyedari bahawa pesawat A300 dapat beroperasi dengan lebih baik jika ia hanya membawa 260 penumpang dan bukannya 300.

airbus a300

(Airbus A300)

Walau bagaimanapun, daripada menamakan semula pesawat itu kepada A260, mereka memutuskan untuk menakannya dengan A300B.

Selepas itu, Airbus memutuskan untuk meneruskan sistem mereka dan mula menamakan pesawat mereka dengan gandaan 10, seperti A310, A320, A330, A340, A350 dan A380.

Pasti anda tertanya-tanya ke mana perginya A360 dan A370.

Sebenarnya, anda tidak akan menjumpai pesawat A360 dan A470 kerana syarikat ini bertindak untuk melangkau kedua-dua nama kod ini, sekiranya mereka mahu kembali dan membuat pesawat yang berada di antara A350 dan A380 dari segi saiz.

Apabila Airbus memutuskan untuk mengubah pesawatnya sedikit, mereka akan berpegang pada nombor yang berhampiran dengan nombor sedia ada.

airbus a320 125

Contohnya, pesawat variasi pendek seperti A320, A318, dan A319. Tetapi kombinasi satu huruf dan tiga nombor ini hanyalah sebahagian daripada nama pesawat.

Nama pesawat Airbus yang penuh dan lengkap adalah lebih panjang, sebagai contoh Airbus A320-231. Pesawat ini tergolong dalam keluar A320 dan tiga digit terakhir menentukan lebih banyak butiran tentangnya.

Digit pertama (2) bermakna bahawa ia merupakan sebahagian daripada pesawat Airbus siri A320-200, iaitu versi kedua pesawat ini.

Dua nombor terakhir (31) adalah sepadan dengan jenis enjin yang digunakan A329-231.

Rujukan:

1. Travel Week

2. Aircraft Nerds

3. Travel And Leisure




Hakcipta iluminasi.com (2017)