Oleh pada 18 Nov 2019 kategori

Kentut adalah istilah bagi angin yang dikeluarkan melalui bahagian punggung. Walaupun ada kalanya kentut mengeluarkan bau busuk dan bunyi yang kuat, ia sebenarnya adalah perkara biasa dan menyihatkan.

samurai pertandingan perlawanan kentut

Anda pasti pernah mengalami muka menjadi merah padam akibat menahan kentut di depan khalayak ramai. Kebanyakan orang menganggapnya sesuatu yang memalukan, apatah lagi jika ia mengeluarkan bunyi dan bau yang busuk. Namun, kentut juga sering dikaitkan dengan sesuatu yang lucu.

Kentut sering dijadikan jenaka dan kisah mengenainya ditemui dalam banyak tinggalan sejarah sepanjang zaman seperti Arabian Nights, Apocolocyntosis (zaman Rom) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, terdapat satu kisah mengenai kentut pada zaman dahulu yang melangkaui semua yang lain.

Samurai Zaman Edo Jepun (1603–1868)

senjata pahlawan jepun

Senjata paling awal yang dikaitkan dengan Samurai adalah panah panjang, tombak dan pedang (katana). Orang ramai begitu sinonim dengan pahlawan Jepun ini terutamanya imej ikonik dua orang Samurai bertarung menggunakan pedang.

Walaupun panah panjang secara teknikalnya adalah senjata paling tradisi tetapi tombak adalah yang paling praktikal dan pedang pula adalah paling dramatik. Mereka juga mempunyai pelbagai jenis senjata lagi yang dicatatkan dalam sejarah.

pertandingan kentut samurai

Namun, tiada satu pun daripada senjata-senjata ini lebih kelakar berbanding "senjata" yang ditemui dalam beberapa siri lukisan yang dihasilkan pada Zaman Edo Jepun. Senjata yang dimaksudkan adalah kentut.

Lukisan yang dipercayai dihasilkan pada tahun 1840-an oleh beberapa pelukis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Waseda di Jepun. Untuk pengetahuan, Universiti Waseda telah ditubuhkan pada tahun 1882 iaitu 14 tahun setelah berakhirnya Zaman Edo di Jepun. Ia menempatkan jutaan artifak dan tinggalan sejarah Jepun.

pertandingan kentut he gassen

Lukisan yang dinamakan He-Gassen atau Housi-Gassen yang bermaksud "Pertandingan Kentut" ini memaparkan beberapa babak lelaki dan wanita sedang kentut ke arah lawan masing-masing. Lukisan ini telah didigitalkan oleh pihak Universiti Waseda untuk tontonan umum di internet.

Malah, lukisan ini adalah penghasilan semula daripada lukisan asal yang dipercayai dihasilkan pada Era Muromachi (1333-1573). Dalam siri lukisan itu, beberapa babak boleh dilihat berkaitan "Pertandingan Kentut" yang diadakan.

seni kentut jepun

Pada mulanya, beberapa orang lelaki berkumpul seperti sedang membincangkan sesuatu. Dalam lukisan seterusnya, mereka dipercayai sedang memakan masakan yang dipercayai sebagai kacang dan kentang.

kentut pecahkan kayu

Selepas itu, bermulalah babak lucu memaparkan dua kumpulan lelaki berbogel kentut ke arah masing-masing. Yang lebih melucukan, angin kentut yang dihasilkan begitu kuat sehingga ia menerbangkan topi, kucing dan boleh memecahkan kepingan papan.

samurai berkuda kentut

Malah, para wanita juga dilihat menyertai pertandingan kentut itu dalam beberapa lukisan. Lebih dramatik lagi, pertandingan itu juga disertai oleh yabusame iaitu pemanah berkuda Samurai yang kentut dari atas tunggangan mereka.

Makna yang lebih mendalam 

pertarungan kentut samurai

Secara logiknya, mengapa pemerintah dan pahlawan Jepun mengekalkan tradisi "Perlawanan Kentut" ini selama beratus-ratus tahun? Apakah kebaikannya dari segi ketenteraan atau pemerintahan mereka. Lebih menghairankan, adakah ia sesuatu yang dibanggakan dan patut disematkan dalam sejarah?

Tidak dapat dipastikan sama ada "Pertandingan Kentut" Samurai ini benar-benar wujud atau ia sekadar jenaka dalam bentuk seni lukisan dan sastera. Apa yang pasti adalah kentut sememangnya tidak mempunyai "kuasa" sehingga mampu menerbangkan atau merosakkan benda seperti yang dilukis dalam He-Gassen.

he gassen kucing terbang

Pakar sejarah berpendapat ia adalah hiburan lucu atau metafora untuk menceritakan keadaan politik yang berlaku pada waktu itu. Ia menunjukkan sikap tidak terbuka Jepun kepada dunia luar.

Semasa Era Shogun Tokugawa, Jepun telah menutup dirinya daripada dunia luar. Shogun dan Samurai yang berkuasa di seluruh Jepun telah mengusir ribuan orang asing dan membatasi kehadiran mereka ke bandar pelabuhan Nagasaki.

he gassen kentut

Mungkin, lukisan He-Gassen itu cuba menyampaikan mesej lucu bagaimana pemerintah dan pahlawan Jepun ingin mengusir anasir-anasir luar menggunakan "senjata" paling hina iaitu kentut.

Mereka terus-menerus mengetepikan pengaruh Barat seperti ajaran Kristian, falsafah politik dan sosial yang datang dari Eropah. Akhirnya, mereka terpaksa juga memberi ruang kepada kemasukan pendatang asing apabila Laksamana Matthew Perry dari Amerika tiba dengan membawa beribu-ribu tentera dan senjata api pada tahun 1853.

Rujukan:

1. He-Gassen, Pertarungan Samurai Paling Pelik

2. Lukisan Pertandingan Kentut Samurai Zaman Edo

3. Pertarungan pahlawan paling mengarut



Hakcipta iluminasi.com (2017)