Mitos #1 : Kentut yang tidak berbunyi mempunyai bau yang paling 'membunuh'.

Mitos. Kebolehdengaran tidak berhubungkait dengan bau yang dihasilkan oleh kentut. Ada kentut kuat yang berbau dan ada kentut perlahan yang tidak berbau. Bau kentut hanya bergantung kepada apa yang anda makan dan tahap kesihatan sistem pencernaan anda.

Mitos #2 : Gas yang dihasilkan oleh kentut boleh terbakar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Fakta. Eksperimen yang telah dibuat oleh pasukan Mythbusters membuktikan bahawa gas kentut mudah terbakar apabila dicucuh. Namun episod ini tidak pernah ditayangkan kerana 'adegan yang tidak sesuai' untuk tontonan umum di kaca TV. Anda boleh tonton sendiri eksperimen kentut terbakar mereka di sini:

Kentut mengandungi gas hidrogen dan methane yang mudah terbakar sebab itulah ia boleh 'meletup'. Sila ambil perhatian bahawa mereka ini semua merupakan saintis dan profesional yang terlatih. Anda yang baca ni JANGAN sesekali cuba eksperimen ini di rumah.

Mitos #3 : Makanan seperti baked beans dan kacang kuda membuatkan kita kentut lebih kerap.

Fakta. Ini juga merupakan satu lagi eksperimen yang dibongkarkan oleh pasukan Mythbusters. Dalam episod #48: Franklin's Kite pada tahun 2006, mereka menjalankan ujikaji ke atas diri sendiri dengan memakan makanan yang dikatakan boleh menyebabkan kentut iaitu kacang, air soda berkarbonat dan daging.

Hasil yang direkodkan membuktikan kacang sememangnya boleh menggandakan jumlah kentut seseorang kerana kandungan gula dipanggil oligosaccharides di dalamnya. Air berkarbonat pula membuatkan angin keluar melalui kombinasi sendawa dan juga kentut. Manakala memakan daging tidak memberikan kesan yang begitu ketara.

lepaskan saja kentut itu tapi kalau boleh janganlah di tengah orang ramai atau dalam lrt biadap namanya 788

Mitos #4 : Orang perempuan tak kentut

Mitos. Gila ke? Orang perempuan juga manusia dan setiap manusia mesti membuang angin sama ada melalui sendawa atau kentut.

Mitos #5 : Tahan kentut boleh mati.

50/50. Tahan kentut tidaklah menyebabkan anda mati serta-merta, namun menurut The New Zealand Medical Journal, menahan kentut boleh menjadi salah satu faktor penyumbang kepada penyakit divertikulum.

Selain itu ada juga orang kata tahan kentut boleh menyebabkan mulut berbau namun belum ada kajian perubatan atau saintifik lagi yang menyokong dakwaan ini.

baby kentut 871

Ha... Pandai-pandailah cari jalan nak lepaskan angin anda tu dengan beradab.




Hakcipta iluminasi.com (2017)