Oleh pada 06 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Persaingan seimbang dapat disaksikan untuk kesemua lapan pasukan yang layak beraksi di peringkat suku akhir Piala FA musim ini (2018).

Pasukan yang dimaksudkan adalah Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC, Perak, Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT) , PKNP FC dan Felda United.

Pahang sekali lagi akan bersua JDT umpama episod perlawanan musim lalu yang mana menyaksikan kemenangan menyebelahi skuad Tok Gajah ketika itu dengan keputusan 4-3.

PNKP yang ditewaskan juara bertahan Kedah pada musim lalu, kembali berjuang untuk musim ini dan dipertemukan pula dengan skuad B. Sathianathan, Felda United di suku akhir nanti.

Kedah memberi prestasi yang mengejutkan apabila tidak mampu melepasi saingan pusingan ketiga. 

Selain iatu, PKNS FC bakal bertarung dengan Perak, manakala Selangor dan Kuala Lumpur yang juga dua pasukan Lembah Klang akan bersaing merebut tempat ke separuh akhir.

Saksikan suku akhir pertama pada 6, 7 dan 8 April ini, diikuti aksi timbal balik pada 20 hingga 22 April nanti.

Berikut jadual perlawanan suku akhir bagi pusingan pertama, berlangsung pada minggu ini:

Jumaat (6 April)

Pahang lwn Johor Darul Ta'zim (Stadium Darul Makmur)

Sabtu (7 April)

PKNP FC lwn Felda United (Stadium Negeri Pulau Pinang) - 4.15 petang

PKNS lwn Perak (Stadium Shah Alam)

Kuala Lumpur Selangor (Stadium Cheras Kuala Lumpur)

"Semua perlawanan pada pukul 9 malam kecuali yang dinyatakan.

perlawanan suku akhir piala fa bermula hari ini berikut jadual perlawanan 2

Kredit foto: Facebook Football Malaysia LLP




Hakcipta iluminasi.com (2017)